Thursday 1 October 2015


BAB 1 PART 3



1.2 PROSES KEMERDEKAAN

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

1.2.1 KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(1) Tamatnya Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

1. TM dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM)

2. Pentadbiran Tentera British–selamatkan keadaan huruhara
3. PTB bercorak ketenteraan
(2) Keganasan PKM 14 hari


1. Jepun meninggalkan TM–berlaku kekosongan politik


2. PKM kuasai TM melalui MPAJA selama 14 hari.
3. MPAJA dikenali tentera Bintang Tiga.
4. MPAJA kuasai bandar, balai polis, pejabat kerajaan.
5. MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun.
6. Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan.
7. Menculik dan menyeksa yg bersubahat dengan Jepun.
8. Menghukum penduduk yg menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun.
9. Merampas harta benda orang kampung
10. Di Batu Pahat, PKM bunuh penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
11. Seorang Pegawai Daerah cuba berunding dengan PKM dibunuh.
12. Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.
13. Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, – rumah.dibakar
14. Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina.
15. Orang Melayu bangun menentang PKM
16. Berlaku huru hara.
17. Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga utk serang Cina di Bandar Batu Pahat.
18. Dato’ Onn Ja’afar, Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
19. Ketegangan kaum diatasi oleh Pentad Tentera British.
(3) Pentadbiran Tentera British (PTB)


1. Diketuai Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Sir Ralph Hone.


2. Tujuan PTB – melaksanakan pentadbiran peralihan sebelum pentadbiran awam diperkenalkan.
3. Antara kejayaan PTB;
§  Menghapuskan penguasaan PKM
§  Memujuk PKM & MPAJA menyerahkan senjata.
§  Memberhentikan pergaduhan antara kaum
§  Mewujudkan keamanan
§  Menegakkan undang-undang.


(4) Malayan Union

§   Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946
§  di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL
§  Gabenor pertama – Sir Edward Gent.
§   
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union


1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan

2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
3. Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan
4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)
5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.
6. Kukuhkan pertahanan British
7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.
8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
(b) Ciri-ciri Malayan Union


1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.

2. Pentadbiran bersifat kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British
6. Gabenor dilantik oleh Raja England.
7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
10. Parlimen British – pemutus undang-undang.
(c) Faktor penentangan terhadap Malayan Union


1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;


§  Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.
§  Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.
§  Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British

2. Tamadun orang Melayu terhakis;
§  Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis.
§   Ketuanan Melayu tercabar

3. Kerakyatan yang terlalu liberal;
§  Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.
§  Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran

4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael;
§  Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.
§  Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

(d) Pihak yang menyokong Malayan Union

1. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Angkatan Pemuda Insaf (API),
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Barisan Tani Malaya (BATAS)
5. PKMM ditubuhkan oleh PKM di Ipoh, Perak.
6. Presiden pertama ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, Parti Komunis Malaya.
7. Alasan menyokong Malayan Union:
i. penyatuan sistem pentadbiran di Tanah Melayu
ii. pentadbiran baru tidak berasaskan kuasa raja dan pembesar Melayu
iii. menyokong kerakyatan terbuka.
iv. Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
v. Percaya dengan janji British yang akan memberi kemerdekaan
8. Parti Komunis Malaya dan Malayan Democratic Union (MDU) sokong pendirian parti-parti tersebut.
9. MDU – parti politik di Singapura.
10. Terdiri daripada golongan berpendidikan Inggeris
11. MDU bersetuju dgn konsep kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja.
12. MDU cadangkan Singapura dimasukkan ke dalam Malayan Union.
13. Golongan imigran sokong Malayan Union atas alasan yang sama.
14. Mereka bergabung dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) – diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock.
(e) Cara penentangan Malayan Union

1. Penentangan Secara Individu;
§  Dato’ Onn Ja’afar menulis surat kepada Utusan Melayu -seru Melayu adakan kongres dan tubuhkan United Malays Organisation (U.M.O).
§  Raja-raja Melayu bantah Malayan Union. Sultan Johor hantar surat kpd Setiausaha Tanah Jajahan
§  dapat sokongan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di TM- Frank Swettentam, R.O. Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith – menentang cadangan Malayan Union secara terbuka dalam akhbar The Times di London.

2. Penentangan melalui Akhbar;
§  menyuarakan bantahan melalui Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara.

3. Langkah kolektif menentang Malayan Union;
§   Demonstrasi secara aman – bantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja-raja Melayu.
§  membantah Malayan Union yg menghapuskan kedaulatan negeri Melayu dan kedudukan mereka sebagai anak negeri.
§  Persatuan Melayu ditubuhkan atau dihidupkan semula.- Persatuan Melayu Terengganu,Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.
§  Hantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London.

Kongres Melayu pertama dibentuk :

i. diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946
ii. di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL
iii. Dihadiri 41 persatuan
iv. Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah rasmikan kongres – menderma $5000.
v. Bersetuju tubuhkan United Malays National Organization (UMNO)/Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
vi. Pengerusi pertama -Dato’ Onn Ja’afar.
– Kongres Melayu kedua :
i. diadakan pada 30 -31 Mac 1946.
ii. bantah pengisytiharaan Malayan Union
– Kongres kedua memutuskan tiga perkara ;
i) minta raja-raja Melayu memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebg Gabenor.
ii) minta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran Malayan Union memulaukan perlantikan
iii) tuntut orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.
– adakan rapat umum semasa lawatan L.D. Gammans dan David Rees Williams di setiap bandar
– Peranan kaum wanita;


(5) Penubuhan UMNO
1. Keputusan menubuhkan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu pertama.
2. UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946.
3. Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Ja’afar.
(a) Tujuan penubuhan UMNO


1. UMNO pada tahun 1946;

§  Menentang Malayan Union.
§  satukan orang Melayu
§  wujudkan organisasi nasional.
§  Jaga kepentingan politik & ketuanan Melayu.
§  Majukan pendidikan orang Melayu.
§  Melindungi kepentingan orang Melayu
§  belum menuntut kemerdekaan.
2. UMNO pada tahun 1949;
§  Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (politik)
§  mendirikan sebuah kerajaan merdeka.
§  Majukan orang Melayu
§  Menjadi pelindung kedaulatan tanah air.
§  Mula menuntut kemerdekaan.

(b) Perjuangan tokoh UMNO


i) Dato’ Onn Ja’afar:

§  pengasas UMNO.
§  pendidikan di Maktab Melayu K.Kangsar dan di England.
§   jawatan Pegawai Tadbir Johor.
§  wartawan terkenal.
§  Menteri Besar Johor
§  pulihkan keamanan di Batu Pahat
§  orang pertama menyeru orang Melayu bersatu
§  cadangkan menentang Malayan Union.
§  anjurkan Kongres Melayu
§  ahli jawatankuasa yang gubal Perlembagaan UMNO

ii) Dato’ Panglima Bukit Gantang:
– Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
– Nama sebenar Abdul Wahab bin Abdul Aziz.
– pendidikan di Anderson School, Ipoh, dan Inner Temple, England.
– Tubuhkan Perikatan Melayu Perak dan menyokong Kongres Melayu
– Ketua Bahagian UMNO Perak.
iii) Dato’ Nik Ahmad Kamil:
– Ahli J/kuasa UMNO Pusat dan Ketua UMNO Kelantan.
– Pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu dan Maktab Melayu Kuala Kangsar,
– melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
– jadi seorang peguam
– jadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan.
iv) Zainal Abidin bin Ahmad;
– intelektual Melayu yang terlibat dalam Kongres Melayu.
– uruskan persidangan kongres.
– cadangkan menambahkan “kebangsaan” ke dalam United Malays Organization. United Malays Organization menjadi United Malays National Organization (UMNO)
(c) Perkembangan UMNO


1. Majukan orang Melayu dalam politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.


2. perjuangkan perpaduan orang Melayu
3. perjuangan UMNO direstui oleh sultan dan raja-raja Melayu.
4. Kerjasama antara sultan dan raja-raja dengan rakyat
5. Perjuangan UMNO;
– satupadukan orang Melayu
– Menumbangkan Malayan Union
– hapuskan semangat kenegerian
– wujudkan parti politik bercorak kebangsaan
– Memperjuangkan ketuanan Melayu
– Majukan pendidikan orang Melayu
– Mengusahakan kemajuan ekonomi dan kebajikan orang Melayu

6. Bendera UMNO dikibarkan buat kali pertama pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang.
(6) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948


1. Persekutuan Tanah Melayu – 1 Februari 1948 menggantikan Malayan Union.


2. Pertemuan raja-raja Melayu dengan British di Kuala Kangsar
3. Rundingan British dengan UMNO di P.Pinang
4. Ketegasan raja-raja Melayu dan UMNO menolak Malayan Union menyebabkan British mengadakan rundingan rasmi
5. Serahan memorandum menyatakan bantahan terhadap Malayan Union secara rasmi kepada British.
6. Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan – dianggotai oleh pegawai kanan British, wakil raja Melayu dan wakil UMNO.
7. Perbincangan di King’s House, Kuala Lumpur.
8. Beberapa tuntutan dikemukakan;
§  sebuah persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
§   menolak kerakyatan jus soli.
§  taraf negeri naungan bg negeri Melayu dipulihkan semula.
§  Desak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri Melayu.

9. British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak mahu orang Melayu menentang British secara kekerasan.
10. British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu.
11. Sikap sederhana orang Melayu bekerjasama dengan British dan sikap para pemimpin parti UMNO yang menggunakan rundingan pengaruhi dasar kerajaan British.
12. British menjalankan dasar dekolonisasi yang digalakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
13. Rundingan British dgn raja Melayu dan UMNO berakhir dgn Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
(a) Ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu


– Konsep Raja Berperlembagaan.

– Majlis Raja-Raja Melayu menggantikan Majlis Melayu.
– Perlindungan istimewa kepada orang Melayu
– Syarat kerakyatan diperketatkan.
– Gabungan 11 buah negeri
– Pesuruhjaya Tinggi British – Ketua Persekutuan. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.
(b) Perbezaan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu dengan Malayan Union


1. Ketua pentadbiran;


– Persekutuan Tanah Melayu – Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja Melayu
2. Kuasa di peringkat pusat;
– Majlis Mesyuarat Eksekutif, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja Melayu mempunyai kuasa di peringkat     pusat dalam Persekutuan Tanah Melayu.
– Peringkat pusat Malayan Union ialah Parlimen British.
3. Kuasa di peringkat negeri;
– Sultan, Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Negeri mempunyai kuasa di peringkat negeri dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
– Kuasa di peringkat negeri Malayan Union ialah Pesuruhjaya Negeri-Negeri dan Majlis Mesyuarat Negeri.
4. Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu;
– Persekutuan Tanah Melayu ialah Sultan negeri
– Malayan Union ialah Gabenor British.
5. Bahasa pentadbiran;
– Persekutuan Tanah Melayu – bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
– Malayan Union – bahasa Inggeris.
i) Persekutuan Tanah Melayu:

§   Jus soli hanya terbuka kepada Rakyat raja dan Rakyat British.
§  Pemohon lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British.

ii) Malayan Union:
§  Jus soli bagi mereka yang lahir di Malayan Union, Singapura dan tanah jajahan British yang lain.

2. Secara permohonan;

i) Persekutuan Tanah Melayu:
§  Pemohon berusia 21 tahun, tidak ada rekod jenayah serta bersetuju taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu.
§  telah tinggal selama lapan daripada 12 tahun di Tanah Melayu serta boleh bertutur bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

ii) Malayan Union:
§  Pemohon tinggal selama lima daripada tujuh tahun dari tarikh permohonan.
§  Anak angkat pemohon rakyat Malayan Union.


1.2.2 PERJUANGAN DAN PROSES KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 



2.1 PERJUANGAN KEMEDEKAAN

Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Roslie Dhoby daSharif Mashor di Sarawak Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.

  Perjuangan kemerdekaan di negara ini berkembang secara menyelurh mulai awal abad ke-20,ekoran kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat yang bersandarkan aspek-aspek keagamaan,sosial,ekonomi dan politik.Semangat nasionalisme dan perjuangan mereka ditunjukkan melalui akhbar-akhbartempatan dan penubuhan persatuan.Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cina dan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi negara ini.Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957. Kemerdekaan negara amat unik kerana ia dicapai melalui meja rundingan tanpa melibatkan penumpahan darah.


PEMBENTUKAN MALAYSIA
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Tarikh 31 Ogos 1957 amat bermakna dan memberikan banyak kesan yang amat mendalam kepada pembangunan setiap sudut(ekonomi,politik dan sosial) negara ini.Pada waktu tersebut negara hanya terdiri daripada persekutuan tanah melayu.Negara berdaulat yang lahir pada tarikh tersbut tidaklah sama dengan negara yang wujud pada hari ini. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawaatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )

JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . Antara anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia Pangeran Ali ( Brunei ).
Antara tujuan JPPM ditubuhkan ialah:
- Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan Sarawak ).
- Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
- Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961)Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara isi kandungan memorandum ini ialah:
- Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
- Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.   
- Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
- Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
- Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
- Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
- Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

- Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu

SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini berlansung dari 21 – 23 november 1961.Matlamat penubuhan suruhanjaya cobbold ini adalah untuk:
- menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini
- membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua – dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan. Laporan itu menjamin :
- Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.
- Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
- Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

REFERENDUM SINGAPURA
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura.Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhbung penubuhan Malaysia.Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujuan bukan bertujuan membenarkan rakyat singapura menolak penubuhan malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia
  Kesimpulannya,Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telah digelar sebagai “ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapi juga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semangat kerjasama , setia kawan dan sikap toleransi antara pemimpin dengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik , kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila . Selain itu , Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semua rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu negara Malaysia .



No comments:

Post a Comment