Thursday 1 October 2015

BAB 2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA





2.1 KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN

2.1.1 KONSEP ,TUJUAN DAN CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

KONSEP

Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal bahasa Melayu, agama, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya. 

TUJUAN

• Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil

• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
• Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
• Alat untuk menyelesaikan masalah
• Menjamin riwayat negara bangsa

• Menjamin keamanan dan kestabilan negara.



CIRI-CIRI

Terbahagi kepada dua jenis, iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan 
disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis mengandungi tiga sifat utama, iaitu;

 1. Kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
 2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
 3. Mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan. Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat. Contohnya, Akta Parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah. 

2.2 PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA



1. Bahasa


-menentukan identiti sesebuah bangsa


-para pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita telah membuat keputusan supaya kita memiliki satu bahasa kebangsaan untuk tujuan berikut:


  i) perhubungan umum
  ii) bahasa rasmi
  iii) sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita


- peruntukan ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia


-peruntukan ini tidak meghalang penggunaan, pengajaran dan pembelajaran bahasa etnik lain ataupun bahasa asing


2. Agama


-merupakan tunjang kehidupan manusia


- mampu membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak mulia dan bermoral tinggi


- prinsip pertama dalam Prinsip Rukun Negara ialah 'Kepercayaan Kepada Tuhan


- agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan kerana faktor yang berikut:


   i) lama bertapak di rantau Asia Tenggara
   ii) tidak ditolak oleh penjajah
   iii) mempunyai penganut yang ramai


-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan

-setiap orang berhak untuk menganuti, mengamalkan dan mengembangkan agamanya dengan syarat, iaitu pengembangan agama selain Islam tidak boleh dilakukan terhadap penganut Islam


3.Kewarganegaraan 


-merupakan status yang dimiliki oleh setiap individu untuk hidup dalam sesebuah negara.


-status ini memberikan hak,manfaat dan kemudahan tertentu.


-status ini memberikan hak untuk seorang warganegara:


   i)  mengundi dalam pilihan raya
   ii) mengambil bahagian secara aktif dalam politik seperti bertandingan dalam pilihan raya,menjadi wakil rakyat,menjadi menteri dan sebagainya.
   iii) memiliki harta dan membangunkannya.
   iv) bergerak dengan bebas ke mana-mana bahagian negara.
    v) menerima manfaat dan kemudahan seperti pendidikan,bantuan kebajikan, perubatan dan sebagainya.


-hak kewarganegaraan ini disertai oleh tanggungjawab.


-rakyat bertanggungjawab untuk;


   i) mematuhi undang-undang negara dan negeri.
   ii) memberi khidmat kepada negara apabila diperlukan seperti mempertahankan negara apabila diserang musuh dengan menyertai pasukan keselamatan.
  iii) menyumbang terhadap produktiviti negara dalam bidang masing-masing.
  iv) menyokong dan mengambil bahagian dalam rancangan dan kegiatan negara seperti menyambut Hari Kebangsaan,membasmi kemiskinan,membantu kerajaan membendung jenayah dan sebagainya.



4.Kebebasan Asasi 


i)tiada seseorang pun boleh diambil nyawa atau kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.


-orang yang bersalah hendaklah dibuktikan di mahkamah sebelum didenda, dipenjara atau dihukum mati.
-orang berkenaan hendaklah diberi tahu tentang kesalahannya dandiberi peluang untuk membela dirinya.

ii)semua bentuk kerja paksa adalah dilarang.


-tetapi parliment boleh membuat undang-undang bagi kerahan tenaga untuk maksud negara sepeti mempertahankan negara ketika diserang oleh musuh.


iii)semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang

-tidak mengira keturunan ,kedudukan,pngkat,agama,dan jantina serta mendapat perlindungan undang-undang yang same rata

-tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
-jika sesuatu harta perlu digunakan atau sdiambil maka harta itu yang digunakan atau diambil itu hendaklah diberi pampasan yang mencukupi.
 *kebebasan yang diberi tidak bermaksud kita boleh melanggar undang-undang.

5.Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak


-peruntukan khas ini memberi pertimbangan kepada golongan berkenaan bertujuan untuk menyamaratakan status pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan kaum-kaum lain.
-dengan ini, dapat mewujudkan kestabilan politik dan ketenteraman awam.
-kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti rizab khas bagi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan atau latihan khas, lesen dan permit perniagaan, diberi melalui Perkara 153 perlembagaan.
-Rizab yang diperuntukkan mengikut radar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong.



2.2.1 KONTRAK SOSIAL

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kadang-kala digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politikdalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Kebanyakkan orang Melayu, majoritinya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaumCina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005.
Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak sosial diperkenalkan di di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak.Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21 Oktober 2008.

Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.

Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.

No comments:

Post a Comment