Thursday 1 October 2015

BAB 3 KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN




3.1 KOMPOSISI ETNIK PENDUDUK MALAYSIA

KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pd tahun 1848, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.

Pada pertengahan abad ke 19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kolonial British yg membawa masuk kaum-kaum tersebut, terutama untuk mengerjakan ekonomi.
Abad ke-19 memperlihatkan penguasaan Inggeris ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas. Aktiviti perlombongan bijih timah yg merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu diekploitasikan sepenuhnya oleh British.
Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum serta kepelbagaian cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54% merosot menjadi 49% pada tahun 1921 dan menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931.
Pemajmukan  masyarakat Tanah Melayu telah menyebabkan British mentadbir menggunakan dasar ‘pecah dan perintah’ (divide and rule). Dasar ini memberi makna kelemahan penglibatan bumiputera, tetapi pada masa yang sama memberi pengkhususan kepada kaum imigran dan memastikan pengasingan setiap kaum.
Kaum pendatang dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain, terutama dengan bumiputera tidak digalakkan.




KAUM MELAYU

Orang Melayu  boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu di mana nenek moyangnya datang dari Indo-China atau Yunnan lebih 3500 tahun dahulu. Namun penduduk Melayu kini sebenarnya lebih ramai ekoran kemasukan beberapa lagi kelompok masayarakat Melayu dari kepulauan lain ke Tanah Melayu.
Sejak abad ke-9 lagi telah berlaku penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini berlaku ekoran kedudukan ekonomi, politik dan sosial yang semuanya boleh menjamin keselesaan mereka.
Masyarakat Indonesia datang daripada berbagai-bagai pulau seperti Jawa, Sumatera, Sulawesi dan Riau. Sehingga tahun 1957, keturunan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripd jumlah penduduk Tanah Melayu.
Sebelum zaman penjajahan, kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu ialah perdagangan. Perdagangan utama ialah melalui sungai-sungai utama di negeri Melayu. Justeru itu, kerajaan-kerajaan Melayu tradisional lebih tertumpu di tepi-tepi sungai.
Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi negeri masing-masing semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British dalam hal-ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-buruh asing juga telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu.
Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
Bandar-bandar baru ini menjadi tumpuan buruh asing, manakala kaum Melayu masih kekal di Bandar-bandar tradisi atau perkampungan masing-masing.
Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar masih lagi kecil.
Ekoran perdagangan yang berat sebelah, prestasi ekonomi orang Melayu di zaman kolonial tidak mencapai sebarang kemajuan, malahan semakin merosot.
British memegang dasar agar orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan mengusahakan hasil setakat mampu menyara hidup.
Masyarakat Melayu tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan pemodenan. Ini sebenarnya memberi lebih ruang kepada buruh asing menguasai sektor ekonomi keseluruhannya.


KAUM CINA

Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai2 berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1876, pengambilalihan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Kebanyakan masyarakat Cina berasal dari Wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yg dtg dari daerah Amoy, sen-Yu, Hok-Chiu, Eng-Chon dan lain-lain.
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.
Catatan menunjukkan menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hampir 10,000 org; dan di Larut Perak pd tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah Kuala Lumpur, iaitu di Ampang, Sungai Kanching dan Klang kesemuanya diusahakan oleh buruh-buruh Cina.
Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu disalurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran dipanggil Surat Sungai. Dari sistem ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor mencapai 100,000 orang.
Bilangan penduduk Cina menunjukkan pertambahan yang paling besar dari setahun ke setahun berbanding dengan bangsa lain.
Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina ini dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalanya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan perlindungan orang Cina telah ditubuhkan untuk melindungi orang Cina.
Orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang boleh dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama ini ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kebanyakkan orang Hokkien terdiri daripada peniaga dan pekedai sementara orang Kantonis sebagai pelombong dan petukang. Orang Teochew menjadi pekedai dan peladang dengan membuka ladang tebu di Seberang Prai dan Pulau Pinang serta ladang gambir dan lada hitam di Johor.
Org Hakka ramai yg menjadi pelombong sementara orang Hailam pula ramai yang membuka kedai-kedai makan. Antara semua kelompok ini, bilangan orang Hokkien adalah yg terbesar.
Walaupun kemasukan orang Cina berlaku besar-besaran, namun bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Bilangan orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1957, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu ialah seramai 2,332,936 org, iaitu 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.


KAUM INDIA

Walaupun kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke 19 dan ke 20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi.
Hubungan terawal telah bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka di Nusantara. Hubungan seterusnya kelihatan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila pedagang-pedagang India berniaga di pelabuhan Melaka.
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari selatan India. Buruh-buruh India bermula sebagai pekerja di ladang-ladang tebu dan kopi di Seberang Prai.
Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu.
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai, sementara selebihnya ialah Telugu dan Malayalam.
Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan orang Ceylon. Kumpuluan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi  7%. Orang Telugu pula berjumlah 4%. Kebanyakan orang-orang Tamil dan orang-orang Telugu bekerja di estet2 getah sebagai buruh. Ada juga di kalangan orang Tamil yang berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan pada awal abad ke-20.


KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS MERDEKA HINGGA KINI

Populasi Malaysia berjumlah 28.3 juta pada tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000. Ini menunjukkan purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-2010 910 tahun).  Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6%.

3.1.1 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA



Masyarakat Melayu

Kaum yang terbesar di Malaysia ialah orang-orang Melayu. Orang Melayu yang awal tinggal di sepanjang sungai dalam kumpulan yang agak teratur. Sejak lebih kurang 2000 tahun dahulu mereka telah berdagang dengan pedagang-pedagang China dan India. Perdagangan ini mengakibatkan munculnya kerajaan pantai yang berpengaruhkan India seperti Lembah Bujang, Gangga Negara dan Tan-tan (Treng-ganu). Lama-kelamaan kerajaan-kerajaan ini merosot kerana kebangkitan pusat-pusat perdagangan yang lebih kuat seperti Srivijaya dan Majapahit.

Lebih kurang 500 tahun dahulu Melaka telah menjadi pelabuhan yang terpenting di Asia Tenggara. Kerajaan Melaka telah menakluk seluruh Tanah Melayu. Empayar Melaka telah menyatukan Semenanjung Tanah Melayu. Agama Islam telah menjadi panduan bagi orang-orang di Melaka dan menjadi agama bagi orang-orang Melayu. Hampir semua penduduk-penduduk Semenanjung terdiri dari orang-orang Melayu. Selewat tahun 1800, 90 peratus daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Melayu. Walaubagaimanapun, pada masa itu telah pun berlaku imigrasi penduduk-penduduk dari negara-negara Asia Tenggara yang lain ke Tanah Melayu.


Masyarakat Cina

Malaysia terletak di laluan perdagangan di antara India dan China. Perhubungan antara orang-orang Melayu, China dan India telah bermula sejak kira-kira 2000 tahun dahulu. Kerajaan-kerajaan Melayu di sepanjang pantai menjalankan kegiatan perdagangan  dengan orang-orang China dan India. Hubungan antara orang-orang Melayu dan China menjadi lebih erat pada era Kesultanan Melayu Melaka. Perkembangan ini berlaku dalam kurun yang ke-l5. Terdapat pertemuan di antara pemerintah-pemerintah Melaka dan Maharaja China. Dalam tahun 1411, Parameswara, pemerintah Melaka yang pertama telah melawat Maharaja China. Baginda pergi dengan isterinya, anak dan lebih daripada 500 orang pengikutnya. Kedatangan mereka semua disambut dengan baik. Kedua-dua pemerintah itu bertukar-tukar cenderamata.

Maharaja China sangat tertarik dengan kemajuan dan kebesaran Melaka dan pemerintah-pemerintahnya. Baginda menghantar puterinya yang cantik bernama Hang Li Po, untuk mengahwini Sultan Mansur Shah. Puteri Hang Li Po datang ke Melaka dengan kira-kira 500 orang pengikut. Semua pengikutnya menetap di Melaka di sebuah tempat yang sekarang ini digelar Bukit China. Keturunan mereka digelar Baba dan Nyonya.


Masyarakat India

Kita telah pun membaca mengenai asal-usul kaum China di Malaysia. Orang-orang India juga adalah kaum yang besar di Malaysia. Pada masa sekarang 10 peratus daripada penduduk-penduduk Malaysia terdiri dari orang-orang India. Kuil, muzik, panggung wayang, pakaian dan makanan India telah menjadi sebahagian dari kehidupan Malaysia. Orang-orang India membuat berbagai jenis kerja. Ada yang menjadi doktor, peguam, jurutera, guru, kerani, buruh dalam perkhidmatan awam dan juga penoreh getah di ladang-ladang getah. Ramai daripada orang-orang India di sini bekerja di ladang-ladang getah.

Ramai orang India yang tinggal di sini pada hari ini adalah dari keturunan orang-orang India yang datang ke Malaysia pada kurun yang ke-20. Perhubungan di antara orang-orang India dan Malaysia telah terjalin sejak beberapa kurun dahulu. Beberapa kumpulan kecil orang-orang India telah tinggal di sini sejak beratus-ratus tahun dahulu.

Penjajahan telah menempatkan jenis pekerjaan bagi setiap kaum. Hal ini telah menyebabkan permusuhan antara kaum terjadi di Malaysia pada 13 Mei 1969.

3.2 PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

3.2.1 FAKTOR MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL


i)PERISTIWA 13 MEI


Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada  tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.



ii)MASALAH-MASALAH AWAL PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA



Kerajaan mengenalpasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969. Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja, namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelosok negara. Hasil kajian yang dijalankan, masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi, politik, sosial.


iii)PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PENEMPATAN



Masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu, Jawa, India dan Cina. Penduduk British di tanah melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai. Semenjak tahun 1920-an lagi, corak penempatan sebegini telah kelihatan. Di Sabah Sarawak pula, wujud perkampungan yang terdiri daripada rumah panjang kaum iban dan kaum Kadazan.




iv)PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA



Setiap kaum menganut agama berbeza, Melayu beragama Islam, India beragama Hindu, Cina beragama Buddha. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam bab terdahulu, pegangan dan ideologi setiap agama ini berbeza. Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain.

v)PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU



Tanah melayu pernah dijajah oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Jepun mengamalkan sikap berat sebelah dengan anti-Cina dan memberikan peluang kepada orang Melayu untuk terlibat dalam sektor pentadbiran. Situasi ini menimbulkan kemarahan orang Cina dan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apabila Jepun menyerah kalah, ramai antara kaum Cina yang menganggotai pasukan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan membalas dendam terhadap orang Melayu. Pergaduhan yang sengit berlaku antara orang Melayu dan Cina ini telah melibatkan banyak kematian.

3.2.2 TINGKAT TAHAP INTEGRASI

a.Segrasi

Segregasi pula membawa maksud pengasingan atau pemisahan yang meletakkan had dan sekatan-sekatan tertentu ke atas hubungan, sosial, kontrak dan komunikasi (Ting,1997). Secara umumnya, segregasi ini wujud dalam aspek-aspek seperti tempat kediaman,perkhidmatan dan juga dari segi sosial, adat resam, tradisi dan agama. Segregasi ini berlaku atas dasar ras, agama, kebudayaan dan lain-lain ciri etnik. Beberapa dasawarsa dahulu orang kulit hitam di Amerika Syarikat mengalami keadaan segregasi ini. Pemisahan bukan sahaja
berlaku di sekolah dan gereja tetapi juga di restoran dan tempat hiburan. Pendek kata, kaum ini diasingkan dan dipisahkan daripada kaum kulit putih dalam segala aspek kehidupan.
      Oleh yang demikian, topik ini cuba menghuraikan kesan-kesan proses integrasi dan segregasi terhadap konsep kendiri golongan orang kulit hitam. Melihat secara fizikalnya, proses segregasi akan mengakibatkan estim kendiri yang rendah di kalangan individu daripada kelompok kaum kulit hitam ini. Namun sebahagian ahli sains sosial berpendapat segregasi tidak seharusnya merendahkan estim kendiri golongan ini sebaliknya proses integrasilah yang akan menjadi faktor kemerosotannya.
       Ini berpunca daripada keadaaan
terpisah dan terasing itu akan membataskan proses penilaian diri mereka iaitu hanya
bergantung kepada orang-orang daripada kelompok kaum yang sama dengan mereka sahaja.Maka tidak berlakulah situasi yang boleh merosakkan pembentukan konsep kendiri individu kulit hitam tersebut.
      Rosernberg dan Simmons (1972) seperti yang dipetik daripada Wylie et.al (1979)
telah memberikan beberapa situasi untuk menjelaskan bahawa integrasi itu boleh
merendahkan estim kendiri orang kulit hitam

b.Akomodasi

Akomodasi memiliki beberapa bentuk, berikut ini adalah bentuk akomodasi:


1. Coercion yaitu suatu bentuk akomodasi yang dapat terjadi karena adanya pemaksaan kehendak pihak tertentu kepada pihak lain yang lebih lemah.


2. Kompromi yaitu suatu bentuk akomodasi dimana pihak yang berselisih saling mengurangi tuntutan supaya menemukan sebuah penyelesaian, serta seluruh pihak bersedia untuk memahami dan merasakan keadaan pihak yang lain.


3. Arbitrasi yaitu suatu bentuk akomodasi dimana pihak-pihak yang terlibat dalam perselisihan tidak dapat mencapai kompromi sendiri. Untuk itu, akan diundang pihak ketiga yang tidak memihak/ netral untuk mengusahakan penyelesaian pertentangan tersebut. Pihak ketiga disini dapat pula ditunjuk atau dilaksanakan oleh sebuah badan yang mempunyai wewenang.


4. Mediasi yaitu bentuk akomodasi yang mirip dengan arbitrasi. Tetapi, pihak ke-3 yang bertindak sebagai penengah dan tidak berwenang untuk memberi keputusan penyelesaian terhadap pertikaian pada kedua belah pihak.


5. Konsiliasi yaitu suatu bentuk akomodasi untuk mempertemukan keinginan-keinginan dari pihak-pihak yang berselisih demi tercapainya suatu persetujuan bersama.


6. Toleransi yaitu suatu bentuk akomodasi tanpa adanya kesepakatan yang resmi. Biasanya terjadi karena adanya keinginan-keinginan untuk sebisa mungkin menghindarkan diri dari pertikaian yang dapat merugikan diantara kedua belah pihak.


7. Stalemate iaitu suatu bentuk akomodasi pada saat kelompok yang terlibat pertentangan mempunyai kekuatan seimbang.


8. Ajudikasi iaitu penyelesaian sengketa atau permasalahan melalui jalur hukum atau pengadilan.


Akomodasi dilakukan dengan tujuan untuk:

1. Mengurangi pertentangn akibat perbedaan paham.

2. Mencegah meluasnya pertentangan untuk sementara waktu.
3. Mewujudkan kerja sama antara kelompok yang hidup terpisah.

c.akulturasi

Akulturasi adalah suatu proses sosial yang timbul manakala suatu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing. Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah ke dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri.

Sebagai contoh, masyarakat pendatang berkomunikasi dengan masyarakat setempat dalam acara syukuran, secara tidak langsung masyarakat pendatang berkomunikasi berdasarkan kebudayaan tertentu milik mereka untuk menjalin kerja sama atau mempengaruhi kebudayaan setempat tanpa menghilangkan kebudayaan setempat.

d.asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang memp Asimilasi adalah pembauran dua kebudayaan yang disertai dengan hilangnya ciri khas kebudayaan asli sehingga membentuk kebudayaan baru. Suatu asimilasi ditandai oleh usaha-usaha mengurangi perbedaan antara orang atau kelompok. Untuk mengurangi perbedaan itu, asimilasi meliputi usaha-usaha mempererat kesatuan tindakan, sikap, dan perasaan dengan memperhatikan kepentingan serta tujuan bersama.n

e.amalgamasi

penghap Amalgamasi merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah, untuk mencantumkan beberapa unsur berbezadaripada kumpulan etnik yang berbeza tersebut dalam satu entiti yang bersatu, sama adasecara sementara atau berkekalan. 
    Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalahmelalui percantuman budaya dan perkahwinan campur.Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini A,B, dan C mewakilikumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripadapenyatuan A,B dan C. 
 Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujudmengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya barutanpa menuruti budaya asal mereka. 
      Syarat: dalam proses amalgamasi ini, kumpulan dominan mestilah membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuatdemikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku)
   Antara contoh amalgamasi yang terjadi sekarang iaitu melalui kaedah percampuran budayaPortugal dan budaya Melayu lalu terjadinya percantuman budaya terbentuknya budaya baru
Malaysia.


3.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.



3.3.1 PERISTIWA 13 MEI 1969
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Angka korban

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah.
  • Melayu  : 86 orang
  • Cina  : 342 orang
  • Lain-lain  : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.[perlu rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

1 comment: