Friday 2 October 2015

BAB 4 PEMBANGUNAN NEGARA


4.1 RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

4.1.1 RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI

A. Rancangan Malaya Pertama 1956 – 1960 (10m) 

a) Rancangan Malaya Pertama ialah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Matlamat utama rancangan ini adalah untuk membangunkan sektor ekonomi di luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara penduduk bandar dan luar bandar. Selain itu, rancangan ini juga bermatlamat untuk mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Kerajaan memperuntukkan lebih daripada $1000 juta untuk mencapai matlamat rancangan tersebut. 

b) Di bawah Rancangan Malaya Pertama bidang-bidang yang diberi tumpuan ialah sektor ekonomi sebanyak 60%, sektor perkhidmatan sosial sebanyak 30% dan sektor awam sebanyak 10%. Dengan tumpuan ini adalah diharapkan bahawa ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar dapat dikurangkan. 

c) Dalam sektor ekonomi perkara-perkara yang diutamakan ialah : 

-Penanaman semula getah di ladang dan kebun kecil. -Pembukaan tanah baru untuk pertanian. 
- Kepelbagaian keluaran petani dan nelayan. 
- Peluasan perusahaan perlombongan. 
- Galakan terhadap pembangunan perusahaan. 
- Pembentukan dasar penggunaan tanah yang sesuai. 

d) Sektor perkhidmatan sosial pula mengutamakan kemajuan kesihatan, pendidikan, perumahan, pembaikan dan pemodenan dalam sistem perhubungan yang ada serta pembangunan majlis perbandaran dalam jangka masa 10 tahun. Seterusnya, dalam sektor awam diutamakan perkhidmatan yang bercorak ketenteraan dan keselamatan serta pembinaan balai polis, pejabat pos, mahkamah dan rumah kerajaan. 

e) Rancangan ini juga bertujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya negara kita tidak terlalu bergantung kepada pengeluaran komoditi getah dan bijih timah sahaja, menambahkan peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat luar bandar, mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kawasan luar bandar dan bandar, meningkatkan sumber pendapatan negara dan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan perumahan bagi penduduk luar bandar. 

f) Untuk menjayakan Rancangan Malaya Pertama , dua agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu Rural Development Industrial Authority (RIDA) atau Lembaga Pembangunan Industri Luar Bandar dan Federal Land Development Authority (FELDA) atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan. RIDA ditubuhkan sejak tahun 1953 bermatlamat untuk membangunkan dan memajukan penduduk luar bandar melalui pembangunan ekonomi, sosial dan kemudahan kepada penduduk. 

Antara peranan RIDA yang kemudiannya dikenali sebagai Majlis Amanah Rakyat (MARA) ialah : 

- Menggalakkan, membimbing dan melatih orang Melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian. 
- Memberi pinjaman kepada usahawan Melayu yang ingin memulakan perniagaan. 
- Menggalakkan orang Melayu mengusahakan perusahaan kecil di luar bandar berasaskan kegiatan tradisional seperti kilang padi, perusahaan kampung pemprosesan makanan dan buah-buahan. 
- Memperkenalkan program latihan bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan penduduk luar bandar, terutamanya golongan belia. 
- Menyediakan bantuan modal teknikal bagi kaum Bumiputera untuk menceburi bidang perusahaan dan perniagaan. 

g) FELDA pula ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun yang bertangggungjawab melaksanakan pembangunan tanah dan petempatan di luar bandar. 

Pada amnya, FELDA dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perkara-perkara berikut : 

- Membuka tanah-tanah baru untuk penanaman getah dan kelapa sawit. 
- Menempatkan penduduk luar bandar dalam skim FELDA yang disediakan kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, jalan raya, klinik dan sekolah. 
- Memberikan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah atau tidak cukup tanah. 
- Meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar yang kebanyakannya menyara hidup sebagai petani. 

h) Secara keseluruhannya, skim FELDA telah ditanam dengan kelapa sawit sebanyak 59.6 % dan getah sebanyak 40.4 %. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan pada tahun 1959 yang diketuai oleh Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Kementerian ini bertanggungjawab menjalankan tugas menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi RIDA dan FELDA telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk menggiatkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar. 

i) Pada keseluruhannya, Rancangan Malaya Pertama kurang mencapai matlamatnya kerana pada masa itu negara masih menghadapi ancaman komunis. Sebanyak 54.5% daripada peruntukan rancangan ini terpaksa digunakan untuk keselamatan negara bagi menghadapi ancaman komunis. Pada masa yang sama, negara menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan harga getah dan bijih timah sedangkan kedua-dua komoditi ini merupakan sumber pandapatan utama bagi kerajaan. 


B. Rancangan Malaya Kedua 1961 – 1965 (10m) 

a) Rancangan Malaya Kedua dilaksanakan dengan tujuan untuk meneruskan objektif-objektif Rancangan Malaya Pertama seperti penyediaan lebih banyak kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar. Selain itu, beberapa matlamat baru diperkenalkan setelah menyedari kepincangan Rancangan Malaya Pertama dan beberapa masalah yang perlu diberi pertimbangan. 

b) Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $3,180 juta untuk menjayakan Rancangan Malaya Kedua. Antara tujuan-tujuan baru yang ada ialah usaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah, memesatkan lagi perusahaan pembuatan supaya dapat mengatasi masalah pengangguran dalam negara dan meninggikan pengeluaran bahan-bahan makanan. 

c) Di bawah Rancangan Malaya Kedua, FELDA telah memainkan peranan penting dalam mempergiatkan rancangan pembukaan tanah dan petempatan wilayah untuk memberikan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar. Antara tahun-tahun 1956 hingga 1963, FELDA telah membuka kawasan-kawasan tanah yang luas. Setiap skim FELDA meliputi kawasan seluas 1600 – 2000 hektar. Getah ataupun kelapa sawit telah ditanam, sementara perumahan dan kemudahan-kemudahan lain juga disediakan. 

d) Masalah besar yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil ialah pemasaran hasil tanaman mereka. Untuk mangatasi masalah ini Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah ditubuhkan oleh kerajaan.FAMA ditubuhkan dengan tujuan untuk memperbaiki dan mempertingkat sistem penyimpanan dan pemasaran hasil pertanian, terutama yang dihasilkan oleh petani di luar bandar. 

e) Seterusnya, objektif-objektif lain penubuhan FAMA ialah : 

- Menjamin pasaran hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, kelapa dan koko. 
- Mengurangkan monopoli orang tengah. 
- Menentukan harga yang berpatutan kepada petani. 
- Memberi dorongan kepada petani supaya menambahkan pengeluaran. 

f) Dua strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam melaksanakan Rancangan Malaya Kedua ialah :

- Penyertaan dan penglibatan rakyat dalam proses perancangan dan pelaksanaan. 
- Perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan rakyat setempat. 

g) Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah menubuhkan Bilik Gerakan Negara yang berpusat di Kuala Lumpur untuk membuat rancangan pembangunan ekonomi. Bilik Gerakan ini juga ditubuhkan di setiap pejabat daerah seluruh negara. Pegawai Daerah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pembangunan di daerah masing-masing.Bilik Gerakan Negara mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan. 

h) Maklumat-maklumat yang dikumpulkan dimuatkan dalam Buku Merah yang mengandungi peta, carta dan butir-butir kemajuan tentang projek-projek pembangunan luar bandar yang sedang dijalankan. Selain itu, jentera pentadbiran di peringkat negeri, daerah dan mukim telah ditubuhkan untuk menggerak, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan.

4.1.2 RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) DAN RANCANGAN MALAYSIA (RM)


  •  Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-90, menggariskan rangka sosio-ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.



  • Dalam tempoh RRJP1, empat rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan. Sungguhpun dalam tempoh tersebut negara telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial yang membanggakan, ekonomi negara pernah melalui tahun-tahun yang penuh dengan cabaran kesan daripada batasan dan kelemahan ekonomi dalam negeri di samping ketidakpastian dan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa. Namun demikian, ekonomi negara telah muncul dengan lebih kukuh dan kini bersedia untuk melangkah ke dekad sembilan puluhan dengan kekuatan dan ketahanan yang lebih.
  • TUJUAN DAN MATLAMAT RRJP1


Dasar Ekonomi Baru


- Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dari segi pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, Kerajaan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang terlibat memandangkan bahawa pada masa RRJP1 dilancarkan hampir separuh daripada jumlah isirumah di negara ini adalah miskin. Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 adalah sebanyak 49.3 peratus daripada jumlah isi rumah dan matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkannya kepada 16.7 peratus menjelang tahun 1990. Bilangan isirumah miskin yang terbesar adalah diluar bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus berbanding dengan 21.3 peratus di kawasan bandar. Matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan diluar bandar dan bandar masing- masing kepada 23 peratus dan 9.1 peratus menjelang tahun 1990. Dari segi kumpulan etnik, Bumiputera merupakan golongan miskin yang terbesar, merangkumi 74 peratus daripada isirumah miskin di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970. Kadar kemiskinan dikalangan Bumiputera juga adalah yang tertinggi iaitu 65 peratus berbanding dengan 26 peratus dikalangan kaum Cina dan 39 peratus dikalangan kaum India.

 -Dari segi paras pendapatan, pendapatan purata isirumah pada tahun 1970 ialah hanya sebanyak $264 sebulan. Sebanyak 27 peratus isirumah memperolehi pendapatan?kurang dari $100 sebulan, manakala 31 peratus lagi diantara $100 hingga $200 sebulan.

-Strategi serampang dua mata DEB yang kedua pula bertujuan untuk menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Matlamat ini diharap akan dapat dicapai melalui penyusunan semula corak gunatenaga, hakmilik modal saham dalam sektor syarikat dan pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

-Teras utama strategi kedua DEB ini adalah untuk menyusun semula corak gunatenaga supaya menggambarkan komposisi penduduk berbagai kaum di negara ini untuk semua sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam ekonomi. Matlamat ini penting memandangkan semasa DEB dilancarkan, struktur pekerjaan memperlihatkan ciri-ciri perbezaan yang amat ketara. Bumiputera tertumpu dalam sektor pertanian tradisional dan dalam ketegori pekerjaan yang berpendapatan rendah manakala kaum bukan Bumiputera pula lebih tertumpu di sektor ekonomi moden dan di bidang profesional dan teknikal yang boleh menghasilkan produktiviti serta pendapatan yang lebih tinggi, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2-1. Pencapaian matlamat ini memerlukan usaha-usaha yang gigih ke arah meningkatkan mobiliti tenaga kerja secara meluas diantara sektor-sektor ekonomi. PenyerapanBumiputera dalam pekerjaan baru, terutamanya di sektor perindustrian dan perkhidmatan, perlu dikekalkan pada kadar yang tinggi.

-Satu lagi unsur penting dalam strategi penyusunan semula masyarakat ialah pembentukan MPPB untuk memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu Bumiputera dalam sektor-sektor moden. Matlamatnya ialah supaya dalam tempoh satu generasi, Bumiputera dapat memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus daripada semua kegiatan perdagangan dan perindustrian dalam ekonomi negara.

-Dari segi penyusunan semula hakmilik modal pula, matlamat yang ditetapkan ialah untuk meningkatkan bahagian modal saham Bumiputera dalam sektor syarikat daripada 2.4 peratus dalam tahun 1970 kepada sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 1990. Untuk mencapai matlamat ini, pemilikan Bumiputera dijangka berkembang pada kadar yang pesat sebanyak 30 peratus setahun berbanding dengan jangkaan 14.5 peratus setahun bagi keseluruhan modal saham sektor syarikat dalam tempoh yang sama. Hakmilik saham -bagi bukan Bumiputera dan rakyat asing pula dijangka berkembang pada kadar yang sederhana, masing-masing sebanyak 15.4 peratus dan 10.3 peratus setahun. Adalah menjadi matlamat RRJP1 bahawa menjelang tahun 1990, pemilikan modal saham Bumiputera dipertingkatkan kepada sekurang-kurangnya 30 peratus, sementara bahagian rakyat Malaysia yang lain dijangka meningkat daripada 34.3 peratus kepada 40 peratus, manakala rakyat asing pula berkurangan daripada 63.3 peratus kepada 30 peratus.

-Di samping matlamat di atas, strategi penyusunan semula masyarakat adalah juga bertujuan untuk menghasilkan integrasi yang lebih kukuh antara negeri-negeri dan wilayah dalam negara. Matlamat ini dijangka dapat dicapai dengan melaksanakan berbagai strategi dan program untuk mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah serta mewujudkan pengagihan yang lebih saksama. Untuk mencapai hasrat ini, usaha-usaha perlu dibuat bagi memperbaiki lagi peluang-peluang untuk meningkatkan kemajuan sosial dan ekonomi di kawasan-kawasan kurang maju di samping memudahkan mobiliti tenaga kerja antara wilayah dan pekerjaan. Rangka Ekonomi Makro RRJP1

-Pencapaian matlamat DEB telah dirancang untuk dilaksanakan dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang pesat. Oleh itu, strategi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dibawah RRJP1 telah ditetapkan pada kadar 8 peratus setahun. Kadar pertumbuhan ini adalah perlu bagi memastikan wujudnya peluang pekerjaan yang mencukupi untuk membolehkan penyusunan semula masyarakat dilaksanakan tanpa menjejaskan golongan lain di samping menyediakan khidmat sosial dan kemudahan infrastruktur yang diperlukan bag-i mencapai matlamat sosio-ekonomi DEB. Dengan pertumbuhan ekonomi pada paras 8 peratus setahun, kadar pengangguran dijangka dapat dikurangkan daripada 7.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 3.6 peratus menjelang tahun 1990, dan dengan itu mencapai paras gunatenaga penuh.

-Prospek pertumbuhan ekonomi yang pesat dijangka berpunca daripada penggunaan kekayaan
sumber-sumber asli negara bagi mempercepatkan pertumbuhan pengeluaran pertanian serta kemajuan industri berasaskan bahan mentah. Penggerak utama kepada pertumbuhan yang pesat ialah perkembangan pelaburan swasta dan awam. Dalam tempoh tersebut, pelaburan dijangka berkembang pada kadar 9.1 peratus setahun, manakala nisbah pelaburan kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) akan meningkat daripada 17.7 peratus dalam tahun 1970 kepada 22.3 peratus menjelang tahun 1990. Pelaburan awam dijangka meningkat pada kadar 10.1 peratus setahun. Sebahagian besar pelaburan tersebut adalah bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan pembangunan luar bandar, di samping perusahaan awam yang bertujuan bagi mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti perdagangan dan perindustrian moden. Per-kembangan pelaburan awam yang pesat dijangka diikuti oleh pelaburan swasta yang lebih menggalakkan iaitu pada kadar 8.5 peratus setahun dalam tempoh tersebut.

-Penggerak yang kedua bagi meningkatkan ekonomi ialah perkembangan pesat eksport negara, yang diramal akan meningkat pada kadar 7.1 peratus setahun. Perkembangan eksport ini adalah penting untuk mendapatkan pertukaran asing yang mencukupi bagi membiayai import yang semakin meningkat, khususnya bagi tujuan pelaburan. Keluaran industri pembuatan, khususnya yang berasaskan sumber serta lain-lain industri yang mempunyai potensi untuk berkembang dijangka menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan pendapatan eksport. Eksport barangan pembuatan dijangka menyumbang sebanyak 38.1 peratus kepada jumlah eksport barangan dan perkhidmatan menjelang tahun 1990, berbanding dengan 12 peratus dalam tahun 1970. Import pula dijangka berkembang pada kadar 5.2 peratus setahun, selaras dengan
usaha-usaha kearah penggantian import.

-Tabungan negara sebagai nisbah kepada KNK dijangka meningkat daripada 14 peratus dalam tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990, sejajar dengan jangkaan pertambahan pendapatan. Ini akan membolehkan sebahagian besar pelaburan yang diperlukan dibiayai melalui sumber dalam negeri. Dengan jangkaan adanya pertambahan tabungan dan pendapatan eksport bersih, masalah sumber atau tukaran asing bagi pembentukan modal dijangka tidak timbul. Seterusnya, keperluan pembiayaan daripada sumber asing untuk menampung kekurangan sumber dalam negeri dijangka kecil dan kedudukan akaun imbangan pembayaran dalam tempoh RRJP1 dijangka memuaskan.

-Dalam tempoh RRJP1, perubahan besar dijangka berlaku dalam struktur ekonomi. Pertumbuhan pesat KDNK seperti yang diunjurkan akan juga diikuti oleh pemodenaan dan kepelbagaian ekonomi negara.

-Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar 5.4 peratus setahun hasil daripada usaha-usaha meneroka tanah baru dan pembangunan in-situ, peningkatan produktiviti serta tanaman baru yang bernilai tinggi di samping meningkatkan pembangunan sektor perikanan dan ternakan. Sungguhpun demikian, sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi keseluruhannya adalah lebih kecil disebabkan oleh perkembangan pesat dalam sektor-sektor lain. Walau pun peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dijangka meningkat kadar peningkatan diramal rendah.

-Sektor pembuatan akan menjadi sektor yang dijangka berkembang paling pesat dengan kadar pertumbuhan sebanyak 12.2 peratus setahun. Ini mencerminkan daya dinamis, kekuatan dan potensi sektor tersebut. Denganperkembangan pesat ini, sektor pembuatan dijangka menyumbang lebih daripada satu pertiga peningkatan KDNK. Faktor-faktor yang menjadi asas kepada perkembangan ini termasuklah sumber asli yang banyak, tenaga kerja yang ramai, peningkatan pendapatan swasta serta potensi untuk mengeluarkan barangan perantaraan dan barangan modal ekoran daripada perkembangan asas industri. Di samping pertumbuhan industri berintensif buruh seperti tekstil dan elektronik yang akan menjadi penggerak kepada perkembangan sektor pembuatan, industri-industri baru termasuk industri-industri barangan keluaran getah dan kayu, petro-kimia serta industri kerja logam akan muncul. Di akhir tempoh RRJP1, sektor ini dijangka menjadi sektor terbesar dalam ekonomi dengan sumbangan sebanyak 26.2 peratus kepada KDNK berbanding dengan 13.9 peratus pada tahun 1970, manakala peluang pekerjaan dalam sektor ini akan meningkat dua kali ganda daripada 8.7 peratus jumlah keseluruhan pekerjaan dalam tahun 1970 kepada 16.8 peratus menjelang tahun 1990.

-Sektor perkhidmatan pula dijangka berkembang selaras dengan perkembangan keseluruhansektor-sektor lain dalam ekonomi. Pertumbuhan pesat dijangka akan dapat dilihat terutama dalam sektor elektrik dan air serta dalam sektor kewangan, bank, insuran dan hartanah, sejajar dengan usaha memperbaiki infrastruktur sosial dan fizikal serta pembangunan institusi.



RANCANGAN MALAYA

PERINGKAT 1

Rancangan Malaya Pertama (RM) 1956-1950)

Rancangan ini telah dilaksanakan hasil daripada perakuan oleh perwakilan Bank Dunia terhadap kerajaan Tanah Melayu RM-1 dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk memajukan sepenuhnya sektor luar bandar. Untuk perancangan ini, kerajaan memperuntukan RM478.2 juta, iaitu 44.5% daripada keseluruhan peruntukan Rancangan                   Malaya Pertama. Matlamat ini bertujuan menambahkan pendapatan peduduk lur Bandar sekali gus merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan.
Mempelbagai sumber negara supaya negara tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi tersebut sahaja, terutama biji timah dan getah. Hasil penyelidikan yang dijalankan, dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan, iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1953 dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sektor ekonomi luar bandar. SEcara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial, ekonomi dan insfratruktur luar bandar. Pada tahun 1966, RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat menggalakkan penyertaan kaum melayu dalam sektor perdagangan dan perindustrian, membantu para usahawan Melayu yang baharu memulakan perniagaan dengan memberikan pinjaaman mahupun bantuan teknikal, menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar bandar dan mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar. 
FELDA pula ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk mempergiat sektor perladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambahkan hasil ekonomi negara, penempatan semula penduduk-penduduk luar bandar yang miskin dan berdaya ekonomi lemah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat diluar bandar. Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada tahun 1959 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar bandar. Kementerian ini dipimpin oleh Dato’Abdul Razak hussein. Keseluruhannya,peruntukan untuk RM-1 ini ialah sejumlah RM1100 juta. Namun dari segi pencapaiannya, pelaburan sektor awam hanyalah sejumlah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang dirancangkan. Fenomena ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia.

Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1961-1965

     Walaupun matlamat Rancangan Malaya Kedua adalah hampir sama dengan Rancangan Malaya Pertama, perancangannya adalah lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah uru setia ekonomi yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan luar bandar, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA, menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah program FELDA,menggiatkan sektor pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar nrgara. Fenomena ini juga membolehkan pengurangan pergantungan kepada sektor-sektor pertanian tertentu sahaja dan penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun 1966 bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantungan kepada orang tengah.
       Keseluruhannya, Rancangan Malaya Kedua ini lebih tersusun berbanding dengan Rancangan Malaya pertama kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat. Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 juta,iaitu hampir dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan Malaya Pertama. Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara, terutama di setiap pejabat daerah. Hasilnya dari segi pencapaian, Rancangan Malaysia Kedua menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun. Seperti yang dirancang, sektor awam telah membelanjakan RM2650 juta sementara sektor swasta membelanjakan RM2900 juta untuk program-program pembangunan.

Rancangan Malaysia Pertama ( RMK-1 ) 1966-1970

RMK 1 merupakan rancangan lima tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Perseketuan Malaysia. RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integrasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sektor ekonomi.
   Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10500 juta iaitu melibatkan RM4550 juta daripada sektor awam dan RM5950 juta daripada sektor swasta. Beberapa buah agensi turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti Majliss Amanah Rakyat, Bank Bumiputera pada tahun 1966, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia / Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) pada tahun 1967,Lembaga Penasihat Tarif dan Pebadanan Nasional Berhad (PERNAS) pada tahun 1969.
Tujuan penubuhan MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. Penubuhan MARA, Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.
Setelah lima tahun, kajian menenjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertubuhan ekonomi negara. Namun setelah berlaku tragedi 13 Mei 1969, kerajaan menyedari bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaun dan kawasan . Justeru , bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia Kedua sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sbelum ini.

Peringkat 2

Rancangan Malaya Kedua (RMK-2) 1971-1975

Setelah negara pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969, RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum negara ini. Bagi memastikan rancangan ini berjaya , sejumlah RM7250 juta telah diperuntukan . RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang , iaitu dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat utama DEB ini juga dikenali sebagai serampang dua mata iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa kaum, menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Oleh itu , adalah jenis kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan langkah-langkah tertentu diambil untuk menjayakan RMK-2 seperti menentukan pemilikan modal dalam sektor korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bgagi tahun 1972 ,16% bagi tahun 1980, 23% bagi tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990, menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti-aktiviti ekonomi,terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan dan menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada tahun 1974 RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan . Misalnya ,KDNKK meningkatkan pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan . Misalnya KDNKK meningkat pada kadar 7.4% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan , iaitu hanya 6.8% setahun . Pertumbuhan KDNKK berlaku kerana pertumbuhan beberapa faktor utama seperti pertanian (25%), pembuatan (19.3%),perdagangan (14.4%) dan lain-lain (10.15


  • Dasar Ekonomi Baru

   Dasar ini telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) . Pembentukan DEB adalah matlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum. Rancangan untuk mencapai matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) dari tahun 1971-1990 . Rancangan pembangunan di bawah DEB , dijalankan menerusi strategi serampang duamata iaitu mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi.
   Asas yang menjadi dasar penggubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang Melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana faktor kemiskinan. Amnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang Melayu, tetapi juga merangkumi semua kaum di Malaysia . Dalam hal ini , orang Melayu lebih ramai menghadapi masalah kemiskinan dan masih kurang mampu untuk bersaing dengan kaum lain.
   Bagi memastikan matlamat untuk membasmi kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan kepada menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan kawasan bandar. Menurut banci penduduk pada tahun 1970, terdapat kira-kira 49.3% penduduk berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00 dan kira-kira 86% daripada jumlah tersebut ialah penduduk luar bandar. Dalam hal ini, pihak kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai kemudahan perkhidmatan awam seperti kemudahan pendidikan , kesihatan, bekalan air, dan elektrik . Selain itu ,pihak kerajaan juga telah menyediakan bantuan biasiswa pelajaran , bantuan subsidi baja dan buku teks percuma, makanan tambahan kepada anak-anak. Usaha pihak kerajaan untuk meningkatan taraf  hidup penduduk ini telah dapat dalam masa lebih kurang 20 tahun di mana tahap kemiskinan penduduk telah dapat dikurangkan , iaitu daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada17.1% pada tahun 1990 .
     Untuk mencapai matlamat kedua DEB , iaitu menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan , pertanian ,perlombongan , pengangkutan dan pertanian. Strategi yang dijalankan adalah meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur gunatanah supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum, menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor peroduktif di mana kaum bumiputera agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain dan memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu serta kaum bumiputera agar mereka dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang 1990.
       Secara keseluruhannya, DEB telah berjaya meningkatkan taraf kehidupan kaum bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi penyusunan semula guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandagkan orang Melayu masih kurang melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) 1976-1980

      Semasa pelancaran RMK-3,DEB masih dalam pelaksanaan. Justeru, RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dalam rancanagn ini , beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan dimana rancangan ini dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baharu. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
     Sebanyak 28 buah Bandar dibina dibawah rancangan KEJORA,KETENGAH, dan DARA menjelang hujung tahun 1980 . Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan . Disamping itu , kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isi-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
     Secara keseluruhan, program-program RMK-3 juga program-program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat. Misalnya bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi negara berkembang pada kadar 7.8%. Kurang 0.2% daripada matlamat.

Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) 1981-1985

RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, terutama akibat daripada kejatuhan harga bijih timah dan getah di pasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran . Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap diteruskan. Peruntukan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta. Daripada jumlah ini, 57.9% diperuntukan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam. Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan peruntukan sejumlah 21.3% , sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 8.3% , pelajaran dan latihan sejumlah 7.6% serta perkhidmatan sosial sejumlah 7.1%.
RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasakan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir. Sehubungan dengan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Antara projek yang diletakkan di bawah pengawasan HICOM adalah Kilang Simen yang diuruskan oleh Kedah Simen Sendirian Berhad, Kilang Pengeluaran besi berongga dan Keluli oleh Perwaja di Kemaman, Terengganu dan Pembuatan kereta nasional , iaitu kereta Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sndirian Berhad.
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti di Senawang ,Skudai,Bintulu,Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas,Pulau Pinang. Pada tahun 1983 dua buah program dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaiti Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Selain itu, kerajaan juga berusaha mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian Antara Bumiputera dangan bukan Bumiputera dengan cara menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM40000 juta untuk pelaksanaan RMK-4, iaitu dengan kadar 57.9% untuk pembangunan ekonomi,16.2% untuk pembangunan sosial ,23.8% untuk keselamatan dan 2% untuk pentadbiran awam. Dari segi pencapaian keseluruhan,KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkatkan sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,171 juta pada tahun 1980 kepada RM4,609 juta pada tahun 1985.

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990

  Matlamat Utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara. Fenomena ini masih perlu mengambil kira keadaan negara waktu itu yang masih dalam era kemelesetan. Beberapa strategi telah dilaksanakan dalam RMK-5.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta memalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan. Syarat-syarat pelaburan modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri, terutama industri yang berorientasikan eksport. Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.
Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang , penggunaan tanah lombong untuk pertanian , penanaman tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar dan lain-lain.RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru, iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan R&D. Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut dititik beratkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan , keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
Secara keseluruhan, jumlah peruntukan bagi RMK-5 ialah RM69000 juta.daripada jumlah ini 89.2% diperuntukan perbelanjaan sosioekonomi,6.5% untuk keselamatan dan pertahanan, manakala 4% untuk pentadbiran awam. Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencakupi Dasar Ekonomi Baru berakhir pada tahun 1990. Pada tahun 1991, rancangan pembangunan ekonomi baharu diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program pembangunan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan-rancangan tersebut ialah Rangka Rancangan Jangka Panjang 2(RRPJ2) (1991-2020), Wawasan 2020 (1991-2020) , Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) Dan Rancangan Malaysia Keenam (RMK6) (1992-1995).

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM(RMK-6)1991-1995

Matlamat utama RMK-6 ialah mengekalkan momentum pembangunan pesat ekonomi negara.Strategi RMK-6 ialah meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi di samping menggalakkan sektor swasta untuk terus memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi negara.
Memperteguh kedudukan hasil kerajaan persekutuan.iaitu mengurangkan perbelanjaan yang tidak produktif dan menyegerakan pelaksanaan program penswastaan untuk memberbaik kedudukan kewangan sektor awam.
Mengekalkan dasar liberalisasi,pelonggaran peratusan dan undang2 untuk memberbaik iklim pelaburan.Langkah2 juga akan diambil untuk mempermudahkan prosedur dan peraturan pentadbiran pada peringkat persekutuan,negeri,dan kerajaan tampatan untuk menyegerakan pelaksanaan projek2 sektor swasta.
Mengubah struktur industri sedia ada kepada penggunaan teknologi yang lebih canggih dan keluaran yang lebih bermutu untuk memenuhi keperluan pasaran di negara maju.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH(RMK-7)1996-2000

Kemajuan ekonomi
Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) sebenar mencatat pertumbuhan purata 4.7% setahun,melepasi sasaran yang dikaji semula sebanyak 3.0%.Langkah pemulihan ekonomi yang diperkenalkan telah meningkatkan pengunaan di samping membendung tekanan inflasi.Kadar pengangguran terus kekal pada paras yang rendah,manakala Indeks Harga Pengguna turun.Pelbagai agensi ditubuhkan bagi menguruskan pinjaman belum berbayar(NPL),permodalan semula bank dan penyusunan semula hutang korporat.
Pada akhir thun 2000,pinjaman belum berbayar telah dikurangkan pada 6.3% dari jumlah pinjaman berbanding dengan paras tertinggi 11.4% pada bulan ogos 1998.Nisbah modal berwajaran risiko sistem perbankan pula meningkat pada 12.4% berbanding dengan paras terendah 10.1%.
Eksport negara telah ditingkatkan sementara import dikurangkan.Akaun semasa yang mengalami defisit semenjak tahun 1990 telah mencapai lebihan mulai tahun1998 dan mencatat lebihan tertinggi sebanyak RM47.9 bilion pada tahun 1999 atau 17.1% dari keluaran Negara Kasar.Semenjak ogos 1998,rizab luar negara telah bertambah sebanyak US9.7 bilion dan berjumlah US29.9 pada akhir tahun 2000,cukup untuk bayar 45 bulan import tertangguh dan 64 kali lebih besar dari hutang luar jangka pendek.
Semua pencapaian ini adalah hasil dari keputusan kerajaan untuk tidak meminjam dari IMF.Sebaliknya kit  menghalang penyangak mata wang dari memperdagangkan ringgit dan mengawal modal spekulasi dari menyerang Bursa Saham Kuala Lumpur.

Kemajuan sosioekonomi

Pembasmian Kemiskinan
Program khusus bagi kawasan bandar seperti penempatan semula setinggan dan projek perumahan kos rendah telah memperbaik keadaan hidup golongan miskin di bandar.Bagi golongan termiskin pertumbuhan ekonomi yang pesat sebelum pertengahan tahun 1997 dan perlaksanaan secara giat Program Pembangunan Rakyat termiskin.

Penyusunan semula masyarakat
Melalui DEB terdapat kemajuan dalam penyusunan semula masyarakat,terutama penyusunan semula guna tenaga dan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.Dari segi pemilikan ekuiti korporat,peratusan hak milik korporat bumiputera telah berkurangan dari paras yang dicapai pada tahun 1995.


4.2 DASAR-DASAR UTAMA MALAYSIA


4.2.1 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.
Pendekatan ini kemudian digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.


4.2.2 DASAR BELIA NEGARA

Pada 13.12.1985, Dasar Belia Negara yang matlamat akhirnya membina belia untuk kesejahteraan negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud. Dasar Belia Negara telah dirancang sejak 13 tahun lalu. Ianya telah menjadi kenyataan bila mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian yang lain, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan Belia Negara dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta orang-orang perseorangan berganding tenaga dan fikiran menggubal dasar yang penting ini. Dasar Belia ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara adalah terdiri daripada golongan belia. Dengan jumlah mereka yang ramai ini Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara. Dalam dasar ini dinyatakan pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:-
  1. Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
  2. Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
  3. Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab
  4. Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
  5. Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
  6. Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
Datuk Dr. Sulaiman Daud di dalam kenyataannya melahirkan harapan agar Dasar ini dapat membentuk generasi belia yang sempurna, terancang dan bersatu padu. Juga diharapkan Dasar Belia Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1985 menjadi garis panduan yang seragam dan menyeluruh untuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara.


4.2.3 PELAN INTEGRASI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.
Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempatWawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

No comments:

Post a Comment