PENGENALAN
Dalam topik ini
, kita akan mempelajari beberapa
objektif dan prinsip pengurusan yang
diamalkan oleh sesetengah organisasi yang berlandaskan hukum syara’. Malahan ,pengurusan
sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman
Jahiliyyah dan sebagainya
Sesebuah organisai atau lebih mudah
ialah pentadbiran harus memiliki matlamat atau objektif dalam segala pengurusan yang
tersendiri . Begitu juga di dalam pengurusan islam , objektif pengurusan
merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang akan
dicapai oleh organisasi.
Selain itu , ia merupakan gagasan
umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan
pada sesebuah organisasi. Malahan ,segala perancangan dalam organisasi dapat
dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini . Objektif
juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin dalam
pencapaian yang diperoleh dan mengenal pasti masalah dalam pentadbiran .
Manakala , prinsip adalah asas
atau dasar yang menjadi tiang terhadap sesuatu pemikiran , tindakan dan
pelaksanaan . prinsip juga bertindak sebagai landasan dalam pelaksanaan suatu
kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah
dirancang dan ditetapkan . Maka prinsip
sebuah negara islam perlu melibatkan empat prinsip tersebut :-
1. Al – Ubudiyyah
2. Al – Syura
3. Al – Hurriyyah
4. Al – Musawah
5. Al - Adalah
5. Al - Adalah
MATLAMAT UMUM
SYARIAH (MAQASID SYARIAH )
Matlamat umum
syariah tidak lari daripada objektif umum sesebuah organisai . Tetapi menurut
Imam Syartibi dan Al Ghazali , matlamat umum syariah harus merangkumi lima
perkara maqasid yang sangat mustahak iaitu :-
1. menjaga keselamatan agama
2. menjaga keselamatan jiwa (nyawa)
3. menjaga keselamatan akal
4. menjaga keselamatan harta
5. menjaga keselamatan maruah dan keturunan
Maqasid
ini membuktikan bahawa islam ialah sistem hidup yang lengkap , komprehensif ,
relevan pada bila – bila masa dan dibenarkan dalam melaksanakan apa jua urusan
kehidupan . Garis panduan yang sesuai adalah untuk memastikan segala keperluan
, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara . Bahkan ,
dapat menjamin serta dapat melindungi maruah , kepentingan dan kehormatan
individu dalam hubungan sesama manusia . Oleh itu , untuk mencapai objektif ,
strategi , penekatan , etika dan budaya seharusnya seiring dengan matlamat syariah
islam .
1. MENJAGA KESELAMATAN AGAMA
Menjaga keselamatan
agama adalah matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan
seseorang yang digelar muslim . Agama
juga merupakan pemisah kualiti sebenar sebagai muslim dan berkait rapat dengan
aspek akidah. Sesebuah organisasi , aspek keagamaan perlu dititikberatkan dan
segala kegiatan yang dijalankan hendaklah dijaga dengan rapi dan berhati-hati.
Agar tidak berlakunya percanggahan antara dengan ajaran yang berteraskan
fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang .
Selain itu ,
perkara yang mampu meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan
supaya semua perlaksanaan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi mendapat
keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T
Contoh yang dapat
kita lihat dalam penjagaan keselamatan agama adalah dengan mendirikan solat
lima waktu yang dilaksanakan setiap umat islam . Solat dapat membuktikan diri
seseorang dalam mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan mampu meningkatkan
keimanan serta akidah yang positif . Bahkan , dalam al-Quran juga telah
menyatakan bahawa solat itu adalah tiang agama .
“Maksudnya
:- “ Maka apabila kamu telah
menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan
di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah
shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang
ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
2. MENJAGA KESELAMATAN JIWA
( NYAWA )
Menjaga dan
memelihara keselamatan jiwa atau nyawa juga merupakan maqasid al-syariah . Hal
ini telah mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya dan nyawa orang lain
seiring dengan firman Allah s.w.t.
Islam
dengan tegas mengharamkan pembunuhan yaitu menumpahkan darah kaum muslimin,
ahli dzimmah iaitu orang kafir yang hidup
berdampingan dengan kaum muslimin dan tidak memerangi mereka serta darah mu'ahid yang bermaksud orang kafir yang
mengikat perjanjian damai dengan ummat Islam dengan persyaratan tertentu. Bagi
yang menumpahkan darah kaum muslimin dengan sengaja, maka Allah s.w.t mengancam dengan ancaman
yang sangat keras dalam firman-Nya
Maksudnya :- “ Oleh
kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barang siapa
yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain,
atau bukan kerana membuat kerosakan
dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan
barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah
memelihara kehidupan manusia semuanya.”
Ayat diatas menjelaskan bahawa nyawa perlu
dipelihara oleh setiap individu . Oleh itu , keselamatan nyawa harus diberi
keutamaan termasuklah unsur keselamatan lain seperti di tempat kerja atau di sesebuah
lapangan. Manakala, terdapat juga beberapa potongan ayat yang menyatakan
perkara yang sama tentang menjaga nyawa dan jiwa di dalam surah al – isra’ ayat
33.
3. MENJAGA KESELAMATAN
AKAL
Menjaga
keselamatan akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat maqasid
syariah . Oleh itu , akal dan pemikiran seharusnya dijaga dan dihargai kerana
akal juga merupakan anugerah Allah s.w.t kepada manusia . Bahkan , akal juga
mempunyai keistimewaan yang tersendiri antara perbezaan manusia dengan makhluk
Allah s.w.t yang lain.
Contoh yang dapat menjelaskan
tentang menjaga keselematan akal dalam islam adalah dengan pengharaman arak. Di
mana , dalam al-Quran juga telah menekankan tentang pengharaman arak tersebut ,
firman-Nya .
Maksudnya :- “ Hai orang-orang
yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”
Mengapa arak diharamkan ???
Seperti yang dikatakan , arak mampu
memberi kesan yang sangat negatif pada diri kita seperti memakbukan ,
mengkhayalkan dan membuat diri kita tidak sedar akan segala perbuatan yang
dilakukan saat meminumnya . Manakala , ianya mampu merosakan akal dan
menjejaskan kesihatan . Di samping itu , bukan sahaja arak yang diharamkan
untuk diminum oleh umat islam , bahkan ada beberapa perkara yang kita perlu
tahu tentang haram dan halal dari segi pemakanan. Di dalam surah al-maidah ayat
ke -5 yang bermaksud,
“ pada hari ini dihalalkan bagimu
yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal
bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.”
4. MENJAGA KESELAMATAN
HARTA
Menjaga harta adalah tujuan agar
harta yang dimiliki oleh manusia diperoleh dan digunakan sesuai dengan syariah
. aturan syariah mengatur proses perolehan dan pengeluaran harta .Dalam
memperoleh harta harus bebas dari riba , judi , menipu , merompak , mencuri dan
tindakan lainnya yang dapat merugikan orang lain.
Maksudnya :- “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum
sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang
Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan
kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang
kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”
Manakala , penjagaan terhadap harta
anak yatim juga salah satu contoh yang dapat kita renungkan . Di dalam surah al
– isra’ ayat 34
Bermaksud : “ Dan
janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik
(manfaat ) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti
diminta pertanggunganjawab.”
5. MENJAGA
KESELAMATAN MARUAH DAN KETURUNAN
Memelihara maruah dan
keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah , Oleh itu, segala
bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah
dilarang sama sekali dalam islam .
Maruah juga merupakan budi
pekerti mulia dan tingkah laku yang baik
berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah
untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t , untuk memelihara maruah diri dan
keluarga , serta dapat terhindar daripada perkara-pekara yang tidak diingini
dan .Bahkan , dalam al-Quran juga telah menegas keras supaya menjaga maruah
diri serta keluarga . Antara firman-Nya
Maksudnya :- “ Dan janganlah kamu
menghampiri zina . Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat iaitu jalan yang membawa kerosakan .”
Islam pun menjaga kaum wanita dari segala hal
yang dapat menodai kehormatannya, menjatuhkan wibawa dan merendahkan
martabatnya. Bagai mutiara yang mahal harganya, Islam menempatkannya sebagai
makhluk yang mulia yang harus dijaga .
Maksudnya :- “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh
tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.” (QS. Al Ahzâb [33]:
59) “
PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Prinsip pengurusan islam mempunyai 5 perkara yang perlu kita tahu , iaitu :-
- AL - UBUDIYYAH
- AL - SYURA
- AL - HURRIYAH
- AL - MUSAWAH
- AL - ADALAH
1. Al – Ubudiyyah ( Pengabdian )
Al –
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan
fungsi utama manusia sebagai hamba Allah
s.w.t . prinsip ini merujuk sifat
pengabdian diri seseorang insan dengan
setelusnya hanya kepada Allah s.w.t . Oleh itu , segala kegiatan individu dan
kegiatan di dalam organisasi perlulah
berpegang teguh dengan konsep pengabdian diri kepada Allah s.w.t .
Islam juga
mempunyai konsep dan pengertian yang jelas antara hubungan manusia dengan Allah
s.w.t yang sebagai pencipta alam . Selain itu , pandangan islam terhadap
ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah s.w.t dengan memusatkan
peranannya kepada keimanan yang mutlak .
Seterusnya
, konsep ini juga membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh kepada
perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya . Beriman dengan keesaan
Allah s.w.t merupakan landasan pengabdian seseorang umat islam terhadap
pencipta-Nya .
Allah berfirman dalam surah al –Nahl :
وَقَالَ
اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖإِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
ۖفَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ۞
وَلَهُ مَا
فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا ۚأَفَغَيْرَ اللَّهِ
تَتَّقُونَ
Maksudnya :- "Janganlah kamu menyembah dua tuhan,
sesungguhnya Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu
takut".Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi,
dan untuk-Nya-lah keta`atan itu selama-lamanya. Maka mengapa kamu bertakwa kepada
selain Allah?”
Manakala , setiap manusia
merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan muka bumi
ini . Pendapat Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) bahawa islam telah meletakkan garis
panduan tertentu bagi seorang pemimpin , pengurus , pentadbir yang telah
diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk memahami konsep ubudiyyah yang berikut.
1. Allah s.w.t tidak meredhai hamba-Nya
yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam
rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau . Sedangkan manusia boleh
beribadat di mana-mana sahaja sama ada di kebun atau di tempat-tempat
perniagaan.
2. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t .
- adalah berasakan satu perjanjian
atau kesanggupan yang azali . Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah )
Allah s.w.t serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata
kepada-Nya .
Firman-Nya :- “ Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua
menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya
kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Pengakuan dan pengiktirafan ini
menyebabkan Allah s.w.t mengurniakan muka bumi ini kepada manusia untuk
diperintah dan dibangunkan . Malahan , manusia dibekalkan dengan kuasa dan
pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta seisi perut sebagai punca
rezeki agar manusia bersyukur dan sentiasa mengingati Allah s.w.t .
Selain itu , bukan sahaja konsep
ubudiyyah dapat mencorakkan pembentukan individu , tetapi dapat membentuk hala
tuju serta budaya organisasi tersebut . Antara perkara penting yang berkaitan
dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah :-
-
Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep
pengabdian diri kepada Allah s.w.t
-
Cara , kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat
organisasi perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah s.w.t.
-
Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didokong dengan
semangat pengabdian diri kepada Allah s.w.t .
Jika konsep ubudiyyah ini dapat difahami dan
dihayati dengan baik , maka ia mampu memberi kesan yang positif kepada
pembentukan watak warga organisasi serta budaya yang diwujudkan oleh organisasi
.
Antara perkara
penting dalam hubungan tersebut termasuklah :-
-
Mengaitkan segala kegiatan organisasi dengan agama
-
Berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan organisasi itu sebagai suatu
ibadah
-
Dapat mewujudkan budaya yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip
agama
-
Menjadikan agama sebagai unsur utama dalam menentukan tindak – tanduk
dan kegiatan dalam organisasi .
Konsep ubudiyyah merupakan satu
prinsip penting dalam organisasi kerana konsep ini dapat membentuk individu
yang baik dan memberi peranan yang memajukan organisasi . individu yang baik
mampu mewujudkan budaya organisasi yang positif serta baik dalam perkembangan
dan kemajuan sesebuah organisasi .
2. AL - SYURA
Al – Syura merupakan prinsip
pengurusan islam yang kedua . Kepentingan al-syura ditegaskan dengan jelas dan
nyata di dalam al- Quran . Kemudian , dikukuhkan lagi oleh sunnah Rasulullah
s.a.w serta amalan para sahabat . Al – syura yang bermaksud muzakarah atau
musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian
.
Antara kepentingan
Al – Syura dalam hubungan pengurusan ialah :-
-
amalan syura dapat menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik malahan
keputusan yang dibuat mengikut pandangan orang ramai berbanding pandangan
seorang .
-
dapat memantapkan keputusan yang dibuat melalui hasil perbincangan yang
lebih matang dan mendalam .
-
dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman serta dapat mengelakkan
kesalahan apabila membuat keputusan
-
tujuan syura adalah dapat
meningkatkan komitmen pekerja kerana mereka akan merasakan keputusan yang
dibuat adalah bersama-sama bukan keputusan individu .
-
Syura merupakan wadah untuk manfaatkan mereka yang berilmu ,
berpengalaman dan berkemahiran kerana mereka akan merasakan diri mereka
dihormati dan dihargai .
Oleh sebab itu , syura merupakan perkara
penting dalam pengurusan , maka mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu
mempunyai sifat yang baik . Bahkan , sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh
Saidina Ali bin Abi Talib adalah :-
-
Seorang yang pintar atau bijaksana , berpandangan jauh dan berhati suci
-
Tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang –orang yang zalim
dan melakukan kejahatan
-
Seorang yang jujur dan bertaqwa
-
Tidak pengecut , tidak kedekut dan tidak tamak
-
Adil
-
Berilmu dan terpelajar
-
Tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah
Selain itu , menurut
Abdullah (1990) fungsi syura dalam organisasi akan melibatkan perkara-perkara
seperti :-
-
Menggubal peraturan-peraturan organisasi
-
Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah
mengikut syariah
-
Meluluskan program-program kewangan
-
Mengulang kaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan cara untuk
melicinkan pentadbiran organisasi
-
Berkuasa dalam mengisytiharkan rancangan darurat organisasi yang
difikirkan perlu
-
Meluluskan kontrak , perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar
-
Memberikan kebebasan kepada ahli syura untuk menyatakan pendapat demi
kemaslahatan organisasi
-
Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan
oleh syura
3. AL – HURRIYAH
Al – hurriyah bermaksud kebebasan .
Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam . prinsip ini bertitik
tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia
miliki sejak ia dilahirkan lagi . Oleh itu , perhambaan terhadap Allah s.w.t .
Islam juga menjamin
kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara
–perkara yang berikut :-
-
Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahami yang dianuti
-
kebebasan berfikir
-
kebebasan bersuara
-
kebebasan memiliki dan mencari harta
-
kebebasan untuk menuntut ilmu
-
kebebasan bergerak
Kebebasan dalam islam
dijamin untuk setiap individu , dengan mengambil kira tiga perkara . Pertama ,
kebebasan tidak menganggu kepentingan orang lain atau kepentingan awam . Hal ini
kerana dalam islam , apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan
kepentingan umum. Kepentingan umum harus diutamakan berbanding kepentingan
peribadi .
Kedua , kebebasan tidak juga
menganggu kepentingan organisasi yang membawa maksud kepentingan organisasi
hendaklah diutamakan berbanding kepentingan dan kebebasan diri . Ketiga ,
kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip agama . Jika berlaku
percanggahan , maka dengan tersendirinya terbatal .
Kebebasan dalam islam dapat
melambangkan perhargaan islam terhadap hak yang dimiliki individu selagi tidak
melanggar batasan yang ditentukan oleh islam . Kebebasan dalam hal ini juga
akan membuka nilai kreativiti serta keterbukaan yang dianjurkan oleh islam yang
akan menyumbang ke arah kebaikan dan kecemerlangan.
4. AL – MUSAWAH
Al – Musawah atau
persamaan adalah antara prinsip-prinsip pengurusan dalam islam . persamaan ini
berkaitan dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada keturunan yang satu ,
iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Perkara –perkara yang membezakan setiap
seorang manusia dengan manusia yang lain ialah amalan tanggungjawab dan
ketakwaan .
Firman Allah s.w.t.
Maksudnya :- “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). “
Pelaksanaan persamaan dalam organisasi
melibatkan beberapa perkara yang berikut :-
-
dari sudut peraturan dan undang-undang harus diterima secara sama rata
-
dari sudut kemanusiaan warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati
-
persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan
yang diberikan
-
pembahagian tugas juga perlu diambil kira dari aspek kemanusiaan dan
persamaan
Al – Musawah merupakan prinsip pengurusan
islam yang melambangkan kesejagatan islam dan sistemnya . Pendekatan islam
tidak berlandaskan keturunan, warna kulit dan sebagainya , namum dibina atas
dasar persamaan yang dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan sama
rata untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi .
5. AL – ADALAH
Islam merupakan agama yang
mementingkan keadilan . Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak iaitu pemberian
hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya . Menurut Mawardi
keadilan ialah bercakap benar , jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram ,
menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekali pun dan
menjaga maruah .
Dalam konteks pengurusan
organisasi , keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan
yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara – perkara :-
-
keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja
-
keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas
-
keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman
Setiap perkara diatas mempunyai sebab
antaranya ialah adil dalam memilih pekerja agar setiap pemilihan mesti menepati
kriteria dan kelayakan yang ditetapkan . Selain itu , keadilan dalam
pembahagian tugas kerana setiap tugasan yang diberi harus diserahkan kepada
yang layak dalam mengambilkira bakat , potensi dan kekuatan . Keadilan dalam
menjatuhkan hukuman mestilah berdasarkan kesilapan dan kelakuan yang dibuat ,
bukan mengikut kedudukan atau pilih kasih terhadap seseorang itu .
RUMUSAN
Pengurusan
islam dalam organisasi yang dipimpin merupakan satu wadah kea rah memimpin dan
mencontohi kepimpinan Rasulullah s.a.w . Pemimpin yang diberi jawatan ketua
dalam bahagian masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organisasi
yang dipimpin mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah s.w.t di dalam
al – Quran .
Keperihatian dan kebajikan kakitangan
merupakan antara elemen yang perlu dititikberatkan kerana kedua-duanya
merupakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan pada hari pembangkitan