Thursday 14 January 2016

OBJEKTIF PENGURUSAN DALAM ISLAM

PENGENALAN


              Dalam topik ini , kita akan mempelajari beberapa objektif dan prinsip  pengurusan yang diamalkan oleh sesetengah organisasi yang berlandaskan hukum syara’. Malahan ,pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya          
             Sesebuah organisai atau lebih mudah ialah pentadbiran harus memiliki matlamat atau  objektif dalam segala pengurusan yang tersendiri . Begitu juga di dalam pengurusan islam , objektif pengurusan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana menggariskan hala tuju yang akan dicapai oleh organisasi.
             Selain itu , ia merupakan gagasan umum yang melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan pada sesebuah organisasi. Malahan ,segala perancangan dalam organisasi dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira realiti masa ini . Objektif juga membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin dalam pencapaian yang diperoleh dan mengenal pasti masalah dalam pentadbiran .
              Manakala , prinsip adalah asas atau dasar yang menjadi tiang terhadap sesuatu pemikiran , tindakan dan pelaksanaan . prinsip juga bertindak sebagai landasan dalam pelaksanaan suatu kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan .  Maka prinsip sebuah negara islam perlu melibatkan empat prinsip tersebut :- 
              1.  Al – Ubudiyyah
              2.  Al – Syura
              3.  Al – Hurriyyah
              4.  Al – Musawah
              5.  Al - Adalah 




MATLAMAT UMUM SYARIAH (MAQASID SYARIAH )

               Matlamat umum syariah tidak lari daripada objektif umum sesebuah organisai . Tetapi menurut Imam Syartibi dan Al Ghazali , matlamat umum syariah harus merangkumi lima perkara maqasid yang sangat mustahak iaitu :-

                    1.   menjaga keselamatan agama 
                    2.   menjaga keselamatan jiwa (nyawa)
                    3.   menjaga keselamatan akal 
                    4.   menjaga keselamatan harta 
                    5.   menjaga keselamatan maruah dan keturunan 

                    Maqasid ini membuktikan bahawa islam ialah sistem hidup yang lengkap , komprehensif , relevan pada bila – bila masa dan dibenarkan dalam melaksanakan apa jua urusan kehidupan . Garis panduan yang sesuai adalah untuk memastikan segala keperluan , kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara . Bahkan , dapat menjamin serta dapat melindungi maruah , kepentingan dan kehormatan individu dalam hubungan sesama manusia . Oleh itu , untuk mencapai objektif , strategi , penekatan , etika dan budaya seharusnya seiring dengan matlamat syariah islam .



1.  MENJAGA KESELAMATAN AGAMA


         Menjaga keselamatan agama adalah matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seseorang yang digelar muslim .  Agama juga merupakan pemisah kualiti sebenar sebagai muslim dan berkait rapat dengan aspek akidah. Sesebuah organisasi , aspek keagamaan perlu dititikberatkan dan segala kegiatan yang dijalankan hendaklah dijaga dengan rapi dan berhati-hati. Agar tidak berlakunya percanggahan antara dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang .
          Selain itu , perkara yang mampu meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu dibudayakan supaya semua perlaksanaan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T
           Contoh yang dapat kita lihat dalam penjagaan keselamatan agama adalah dengan mendirikan solat lima waktu yang dilaksanakan setiap umat islam . Solat dapat membuktikan diri seseorang dalam mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan mampu meningkatkan keimanan serta akidah yang positif . Bahkan , dalam al-Quran juga telah menyatakan bahawa solat itu adalah tiang agama .


“Maksudnya :-  “ Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”


                          
2.  MENJAGA KESELAMATAN JIWA ( NYAWA )

           Menjaga dan memelihara keselamatan jiwa atau nyawa juga merupakan maqasid al-syariah . Hal ini telah mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya dan nyawa orang lain seiring dengan firman Allah s.w.t.
          Islam dengan tegas mengharamkan pembunuhan yaitu menumpahkan darah kaum muslimin, ahli dzimmah iaitu orang kafir yang hidup berdampingan dengan kaum muslimin dan tidak memerangi mereka serta darah mu'ahid yang bermaksud orang kafir yang mengikat perjanjian damai dengan ummat Islam dengan persyaratan tertentu. Bagi yang menumpahkan darah kaum muslimin dengan sengaja, maka Allah s.w.t mengancam dengan ancaman yang sangat keras dalam firman-Nya 





Maksudnya :- “   Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana  membuat kerosakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
        Ayat diatas menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu . Oleh itu , keselamatan nyawa harus diberi keutamaan termasuklah unsur keselamatan lain seperti di tempat kerja atau di sesebuah lapangan. Manakala, terdapat juga beberapa potongan ayat yang menyatakan perkara yang sama tentang menjaga nyawa dan jiwa di dalam surah al – isra’ ayat 33.



3.    MENJAGA KESELAMATAN AKAL

                   Menjaga keselamatan akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat maqasid syariah . Oleh itu , akal dan pemikiran seharusnya dijaga dan dihargai kerana akal juga merupakan anugerah Allah s.w.t kepada manusia . Bahkan , akal juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri antara perbezaan manusia dengan makhluk Allah s.w.t yang lain.
                  Contoh yang dapat menjelaskan tentang menjaga keselematan akal dalam islam adalah dengan pengharaman arak. Di mana , dalam al-Quran juga telah menekankan tentang pengharaman arak tersebut , firman-Nya .
                                                                             

Maksudnya :- “ Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.”

Mengapa arak diharamkan ???
            Seperti yang dikatakan , arak mampu memberi kesan yang sangat negatif pada diri kita seperti memakbukan , mengkhayalkan dan membuat diri kita tidak sedar akan segala perbuatan yang dilakukan saat meminumnya . Manakala , ianya mampu merosakan akal dan menjejaskan kesihatan . Di samping itu , bukan sahaja arak yang diharamkan untuk diminum oleh umat islam , bahkan ada beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang haram dan halal dari segi pemakanan. Di dalam surah al-maidah ayat ke -5 yang bermaksud,
        “ pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.”


4.     MENJAGA KESELAMATAN HARTA

               Menjaga harta adalah tujuan agar harta yang dimiliki oleh manusia diperoleh dan digunakan sesuai dengan syariah . aturan syariah mengatur proses perolehan dan pengeluaran harta .Dalam memperoleh harta harus bebas dari riba , judi , menipu , merompak , mencuri dan tindakan lainnya yang dapat merugikan orang lain.
                                                                                         
                                                                                                                         
Maksudnya :- “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.”
          Manakala , penjagaan terhadap harta anak yatim juga salah satu contoh yang dapat kita renungkan . Di dalam surah al – isra’ ayat 34


Bermaksud : “ Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (manfaat ) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggunganjawab.”




5.      MENJAGA KESELAMATAN MARUAH DAN KETURUNAN

          
                  Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah , Oleh itu, segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali dalam islam .
  
                   Maruah juga merupakan budi pekerti mulia dan  tingkah laku yang baik berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Antara kepentingan menjaga maruah diri ialah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t , untuk memelihara maruah diri dan keluarga , serta dapat terhindar daripada perkara-pekara yang tidak diingini dan .Bahkan , dalam al-Quran juga telah menegas keras supaya menjaga maruah diri serta keluarga . Antara firman-Nya




Maksudnya :- “ Dan janganlah kamu menghampiri zina . Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat iaitu jalan yang membawa kerosakan .”

             Islam pun menjaga kaum wanita dari segala hal yang dapat menodai kehormatannya, menjatuhkan wibawa dan merendahkan martabatnya. Bagai mutiara yang mahal harganya, Islam menempatkannya sebagai makhluk yang mulia yang harus dijaga .


Maksudnya :- “ Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzâb [33]: 59) “




PRINSIP PENGURUSAN ISLAM


Prinsip pengurusan islam mempunyai 5 perkara yang perlu kita tahu , iaitu :-

          -      AL - UBUDIYYAH 
          -     AL - SYURA 
          -     AL - HURRIYAH 
          -     AL - MUSAWAH 
          -     AL - ADALAH 


 



                                                                                          
1.     Al – Ubudiyyah ( Pengabdian )

                 Al – Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi  utama manusia sebagai hamba Allah s.w.t . prinsip ini  merujuk sifat pengabdian  diri seseorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah s.w.t .  Oleh itu , segala kegiatan individu dan kegiatan di dalam organisasi  perlulah berpegang teguh dengan konsep pengabdian diri kepada Allah s.w.t .
                 Islam juga mempunyai konsep dan pengertian yang jelas antara hubungan manusia dengan Allah s.w.t yang sebagai pencipta alam . Selain itu , pandangan islam terhadap ketuhanan adalah berasaskan konsep ibadat kepada Allah s.w.t dengan memusatkan peranannya kepada keimanan yang mutlak .
                  Seterusnya , konsep ini juga membawa maksud seseorang muslim hendaklah patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi segala larangan-Nya . Beriman dengan keesaan Allah s.w.t merupakan landasan pengabdian seseorang umat islam terhadap pencipta-Nya .
Allah berfirman dalam surah al –Nahl :

  وَقَالَ اللَّهُ لَا تَتَّخِذُوا إِلَٰهَيْنِ اثْنَيْنِ ۖإِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖفَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ۞
وَلَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَهُ الدِّينُ وَاصِبًا ۚأَفَغَيْرَ اللَّهِ تَتَّقُونَ

Maksudnya :-  "Janganlah kamu menyembah dua tuhan, sesungguhnya Dia-lah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut".Dan kepunyaan-Nya-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi, dan untuk-Nya-lah keta`atan itu selama-lamanya. Maka mengapa kamu bertakwa kepada selain Allah?”

                Manakala , setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t untuk memakmurkan muka bumi ini . Pendapat Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991) bahawa islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin , pengurus , pentadbir yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk memahami konsep ubudiyyah yang berikut.
1.        Allah s.w.t tidak meredhai hamba-Nya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat seperti masjid atau surau . Sedangkan manusia boleh beribadat di mana-mana sahaja sama ada di kebun atau di tempat-tempat perniagaan.
2.         Hubungan manusia dengan Allah s.w.t .
- adalah berasakan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali . Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah ) Allah s.w.t serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepada-Nya .
Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam roh lagi . Firman-Nya


Firman-Nya :-  “ Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
           Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah s.w.t mengurniakan muka bumi ini kepada manusia untuk diperintah dan dibangunkan . Malahan , manusia dibekalkan dengan kuasa dan pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta seisi perut sebagai punca rezeki agar manusia bersyukur dan sentiasa mengingati Allah s.w.t .
               Selain itu , bukan sahaja konsep ubudiyyah dapat mencorakkan pembentukan individu , tetapi dapat membentuk hala tuju serta budaya organisasi tersebut . Antara perkara penting yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya dengan organisasi adalah :-
-          Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah s.w.t
-          Cara , kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah s.w.t.
-          Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didokong dengan semangat pengabdian diri kepada Allah s.w.t .
  Jika konsep ubudiyyah ini dapat difahami dan dihayati dengan baik , maka ia mampu memberi kesan yang positif kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya yang diwujudkan oleh organisasi .
Antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah :-
-          Mengaitkan segala kegiatan organisasi dengan agama
-          Berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan organisasi itu sebagai suatu ibadah   
-          Dapat mewujudkan budaya yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama
-          Menjadikan agama sebagai unsur utama dalam menentukan tindak – tanduk dan kegiatan dalam organisasi .
         Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana konsep ini dapat membentuk individu yang baik dan memberi peranan yang memajukan organisasi . individu yang baik mampu mewujudkan budaya organisasi yang positif serta baik dalam perkembangan dan kemajuan sesebuah organisasi .



2.    AL - SYURA          
   
         Al – Syura merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua . Kepentingan al-syura ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam al- Quran . Kemudian , dikukuhkan lagi oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta amalan para sahabat . Al – syura yang bermaksud muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam kehidupan seharian .

Antara kepentingan Al – Syura dalam hubungan pengurusan ialah :-
-          amalan syura dapat menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik malahan keputusan yang dibuat mengikut pandangan orang ramai berbanding pandangan seorang .
-          dapat memantapkan keputusan yang dibuat melalui hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
-          dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman serta dapat mengelakkan kesalahan apabila membuat keputusan
-           tujuan syura adalah dapat meningkatkan komitmen pekerja kerana mereka akan merasakan keputusan yang dibuat adalah bersama-sama bukan keputusan individu .
-          Syura merupakan wadah untuk manfaatkan mereka yang berilmu , berpengalaman dan berkemahiran kerana mereka akan merasakan diri mereka dihormati dan dihargai .
                Oleh sebab itu , syura merupakan perkara penting dalam pengurusan , maka mereka yang ingin menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik . Bahkan , sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah :-
-          Seorang yang pintar atau bijaksana , berpandangan jauh dan berhati suci
-          Tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang –orang yang zalim dan melakukan kejahatan
-          Seorang yang jujur dan bertaqwa
-          Tidak pengecut , tidak kedekut dan tidak tamak
-          Adil
-          Berilmu dan terpelajar
-          Tekun dan sabar dalam menjalankan tugas dan amanah

Selain itu , menurut Abdullah (1990) fungsi syura dalam organisasi akan melibatkan perkara-perkara seperti :-
-          Menggubal peraturan-peraturan organisasi
-          Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah
-          Meluluskan program-program kewangan
-          Mengulang kaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan cara untuk melicinkan pentadbiran organisasi
-          Berkuasa dalam mengisytiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu
-          Meluluskan kontrak , perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar
-          Memberikan kebebasan kepada ahli syura untuk menyatakan pendapat demi kemaslahatan        organisasi
-          Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura


3.   AL – HURRIYAH

            Al – hurriyah bermaksud kebebasan . Kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam . prinsip ini bertitik tolak daripada hakikat pengiktirafan islam terhadap kebebasan yang manusia miliki sejak ia dilahirkan lagi . Oleh itu , perhambaan terhadap Allah s.w.t .
Islam juga menjamin kebebasan manusia dari aspek hak asasi kemanusiaan yang melibatkan perkara –perkara yang berikut  :-
-          Kebebasan beragama atau mengamalkan agama dan fahami yang dianuti
-          kebebasan berfikir
-          kebebasan bersuara
-          kebebasan memiliki dan mencari harta
-          kebebasan untuk menuntut ilmu
-          kebebasan bergerak
                     Kebebasan dalam islam dijamin untuk setiap individu , dengan mengambil kira tiga perkara . Pertama , kebebasan tidak menganggu kepentingan orang lain atau kepentingan awam . Hal ini kerana dalam islam , apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum. Kepentingan umum harus diutamakan berbanding kepentingan peribadi .
              Kedua , kebebasan tidak juga menganggu kepentingan organisasi yang membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding kepentingan dan kebebasan diri . Ketiga , kebebasan tidak bercanggah dengan nilai dan prinsip agama . Jika berlaku percanggahan , maka dengan tersendirinya terbatal .
               Kebebasan dalam islam dapat melambangkan perhargaan islam terhadap hak yang dimiliki individu selagi tidak melanggar batasan yang ditentukan oleh islam . Kebebasan dalam hal ini juga akan membuka nilai kreativiti serta keterbukaan yang dianjurkan oleh islam yang akan menyumbang ke arah kebaikan dan kecemerlangan.


4.   AL – MUSAWAH

Al – Musawah atau persamaan adalah antara prinsip-prinsip pengurusan dalam islam . persamaan ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia berasal daripada keturunan yang satu , iaitu berasal daripada nabi Adam a.s. Perkara –perkara yang membezakan setiap seorang manusia dengan manusia yang lain ialah amalan tanggungjawab dan ketakwaan .
Firman Allah s.w.t.


       
Maksudnya :-  “ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). “

        Pelaksanaan persamaan dalam organisasi melibatkan beberapa perkara yang berikut :-
-          dari sudut peraturan dan undang-undang harus diterima secara sama rata
-          dari sudut kemanusiaan warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati
-          persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan
-          pembahagian tugas juga perlu diambil kira dari aspek kemanusiaan dan persamaan

                   Al – Musawah merupakan prinsip pengurusan islam yang melambangkan kesejagatan islam dan sistemnya . Pendekatan islam tidak berlandaskan keturunan, warna kulit dan sebagainya , namum dibina atas dasar persamaan yang dalam konteks organisasi semuanya diberikan kedudukan sama rata untuk berkhidmat dan menyumbangkan usaha dalam memajukan organisasi .


5.    AL – ADALAH

                 Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan . Keadilan dalam Islam merujuk kepada hak iaitu pemberian hak kepada yang berhak dan meletakkan sesuatu pada tempatnya . Menurut Mawardi keadilan ialah bercakap benar , jujur dan amanah, menjauhi perkara yang haram , menjauhi dosa dan syubhah, tenang dalam apa-apa jua keadaan sekali pun dan menjaga maruah .
                Dalam konteks pengurusan organisasi , keadilan merupakan tunjang kepada segala bentuk amalan pengurusan yang dilaksanakan dengan melibatkan perkara – perkara :-
-          keadilan perlu diamalkan dalam proses pengambilan pekerja
-          keadilan juga perlu dilaksanakan dalam pembahagian tugas
-          keadilan harus dilaksanakan dalam menjatuhkan hukuman

          Setiap perkara diatas mempunyai sebab antaranya ialah adil dalam memilih pekerja agar setiap pemilihan mesti menepati kriteria dan kelayakan yang ditetapkan . Selain itu , keadilan dalam pembahagian tugas kerana setiap tugasan yang diberi harus diserahkan kepada yang layak dalam mengambilkira bakat , potensi dan kekuatan . Keadilan dalam menjatuhkan hukuman mestilah berdasarkan kesilapan dan kelakuan yang dibuat , bukan mengikut kedudukan atau pilih kasih terhadap seseorang itu .



RUMUSAN 
    
Pengurusan islam dalam organisasi yang dipimpin merupakan satu wadah kea rah memimpin dan mencontohi kepimpinan Rasulullah s.a.w . Pemimpin yang diberi jawatan ketua dalam bahagian masing-masing perlu berusaha membawa kakitangan dalam organisasi yang dipimpin mengikut garis panduan yang diturunkan oleh Allah s.w.t di dalam al – Quran .
       Keperihatian dan kebajikan kakitangan merupakan antara elemen yang perlu dititikberatkan kerana kedua-duanya merupakan tanggungjawab yang akan dipersoalkan pada hari pembangkitan