Thursday 1 October 2015


BAB 1 PART 5

1.4 SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA

Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman prasejarah. Pada masa kini, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat Melayu tanpa adanya pengaruh daripada luar. Struktur pentadbiran yang jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Kuasa pemerintahan pada masa ini dipegang oleh sultan yang mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Ini berlaku apabila British campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran negara. Menurut Montesqiue, dalam sesebuah negara, corak pemerintahan perlu diasingkan, iaitu pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu.


1.4.1 RAJA BERPELEMBAGAAN

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaannegara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.
Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.


1.4.2 YANG di-PERTUAN AGONG
Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri dan tidak terikat pada keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti memenangi undi majoriti. Ia, bagaimanapun tidak membenarkan hak dan kuasa menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong juga boleh menolak atau menggantung permohonan membubarkan parlimen.Boleh membubarkan atau menghentikan Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen dengan permintaan Perdana Menteri . Boleh menolak undang-undang baru atau pindahan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awal padanya.
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeriKedah.
Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.
Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.
 Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka,
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
1.    Melantik seorang Perdana Menteri
2.    Menangguhkan pembubaran parlimen
3.    Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
1.4.3 MAJLIS RAJA-RAJA
Majlis Raja-Raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong juga terletak pada Majlis Raja-Raja. Selain itu, majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia.
Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia. Mengikut peraturan hanya Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja-Raja sahaja yang layak mempengerusikan mesyuarat dan ia dipengerusikan mengikut giliran yang ada dalam susunan sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis. YAB Menteri Besar / Ketua Menteri hadir sebagai penasihat kepada DYMM Raja-Raja dan TYT Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya berangkat hadir pada mesyuarat hari kedua dengan diiringi oleh YAB Perdana Menteri sebagai penasihat. Ini menjadikan mesyuarat ini sebagai mesyuarat ‘tertinggi’ di Malaysia. Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong biasanya hanya hadir jika mesyuarat tersebut akan melantik Yang di-Pertuan Agong atau Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya atau ia membincangkan polisi negara. Timbalan Perdana Menteri tidak tergolong dalam Majlis Raja-Raja.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dilantik sebagai setiausaha Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
Pada 1983, pindaan untuk memindahkan kuasa mengisytiharkan darurat diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Bagaimanapun pindaan itu ditolak oleh Majlis Raja-Raja. Sebagai komprominya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan rang undang-undang ke Dewan Rakyat untuk dipertimbangkan semula.[1] Pindaan Perlembagaan 1994 juga tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Kuasa raja melantik menteri besar merupakan kuasa formal sahaja. Tetapi dalam keadaan tidak menentu seperti di Perlis dan Perak pada 2008, kuasa raja akan menjadi sangat signifikan. Begitu juga di Terengganu dalam perlantikan Menteri Besar Terengganu 2008.

1.4.4 BADAN PENTADBIRAN
a)KABINET

  • Kabinet (Jemaah Menteri)

1. Kabinet atau Jemaah Menteri dianggotai oleh Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.

2. Anggota-anggota Kabinet oleh Yang di-Pertuan Agong.

(a) Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu melantik Perdana Menteri daripada anggota-anggota Dewan Rakyat menurut budi bicara baginda

(b) Yang di-Pertuan Agong kemudian akan melantik menteri-menteri lain daripada anggota-anggota Dewan Rakyat atan Dewan Negara atas nasihat Perdana Menteri.

3. Kabinet ialah badan penggubal dasar Kerajaan Persekutuan.

4. Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif KerajaanPersekutuan atas nama Yang di-Pertuan Agong

5. Kabinet bertanggungjawab secara kolektif kepada Parlimen, iaitu semua anggota kabinet sama-sama bertanggungjawab atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

6. Tugas-tugas adalah seperti yang berikut:

(a) mentadbir kerajaan Persekutuan mengikut bidang kuasa yang terdapat dalam Senarai Persekutuan

(b) menggubal dasar kerajaan

(c) memperinci dasas-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat

(d) membentuk dasar koordinasi yang bertujuan untuk membina kerajaan yang cekap dan efektif

(e) menangani sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan rakyat

  • Saraan Anggota Kabinet
-Saraan anggota kabinet dan timbalan menteri ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung olehKumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.

b)KEMENTERIAN

  • Badan pentadbiran yang tertinggi
  • Melaksanakan segala tanggungjawab kerajaan
  •  Mempunyai jabatan / unit / bahagian dan badan berkanun dan bukan berkanun
  • Menteri tertentu dibantu oleh Timbalan menteri dan setiausaha parlimen
  • Pegawai pentadbir utama yang paling kanan ialah ketua setiausaha iaitu penasihat kepada menteri , terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan dasar kerajaan
  • Jabatan Perdana Menteri ialah kementerian utama dalam pentadbiran kerjaan persekutuan
  • Ketua setiausaha negara / KSN ialah pegawai pentadbir utama di JPM. Ia menjadi penasihat utama kepada PM dalam hal pentadbiran persekutuan dan ketua perkhidmatan awam.
  • KSN menghadiri mesyuarat kabinet sebagai setiausaha kabinet
  •  KSN memanggil dan mempengerusikan mesyuarat KS kementerian untuk tujuan penyelarasan kementerian dan melaporkan keputusan mesyuarat kabinet tentang dasar kerajaan 

 1.5 BADAN PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN NEGARA

1.5.1 BADAN PERUNDANGAN NEGARA DAN NEGERI




a)PARLIMEN (NEGARA)

  • Keistimewaan parlimen


- Apa-apa prosiding dalam parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah

- Ahli parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yg dikatakan dan pengundian yg dibuatnya dalam parlimen
- Ahli parlimen tidak boleh mempersoalkan perkara sensitif di bawah akta hasutan iaitu hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan ,bahasa kebangsaan, kedaulatan raja-raja Melayu 

  • YDA
- Sebahagian daripada parlimen
- Tidak mengambil bahagian dalam persidangan dewan rakyat atau dewan negara
- Bertitah dalam pembukaan rasmi penggal parlimen
- Memanggil persidangan parlimen atau menangguhkan penggal parlimen mengikut perlembagaan
- Membubabarkan parlimen 
- Memperkenankan akta baru,pindaan akta lama,pindaan perlembagaan atau rang undang-undang kewangan

  • Dewan rakyat
- Dianggotai 222 ahli yg dipilih melalui parlimen umum atau dipanggil ahli parlimen yang hanya boleh terdiri daripada anggota sesebuah parti atau bebas

- Bidang kuasa 

- Membahaskan hal dan masalah rakyat

- Menyemak dan membahas dasar kerajaan
- Menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan
- Mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-undang kewangan
- Speaker 
- Boleh merupakan ahli dewan rakyat atau  bukan
- Dipilih oleh dewan rakyat tetapi diperkenankan oleh YDA
- Dibantu oleh 2 orang timbalan
- Tugas ; pengerusi persidangan,menjaga tatatertib anggota, kenakan tindakan disiplin kepada ahli tak berdisiplin ,jurucakap dewan rakyat dan memaklumkan kekosongan kerusi kepada SPR
- Setiausaha
- Dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- Menguruskan pentadbiran dewan rakyat menyediakan penyata rasmi dewan rakyat
- Beliau hanya boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
- Cukup korum – 26


DEWAN NEGARA



- Mengandungi 70 ahli

- Ahli dipilih dan antik
- Ahli dipanggil senator
- DUN setiap negeri akan memilih 2 ahli DUN untuk jadi senator yang berjumlah 26 orang
- Senator lantikan YDA biasanya banyak berjasa,cemerlang dalam perkhidmatan awam ,wakil bidang profesional dan wakili kaum minoriti 
- Berumur lebih 30 tahun
- Tempoh perkhidmatan selama 3 tahun,maksimum 2 penggal atau 6 tahun
- Bidang kuasa ;bahas hal rakyat, bincang dasar kerajaan,bahas , tangguh rang undang-undang , pindaan akta atau pindaan perlembagaan
- Speaker;lantikan,kuasa dan bidang tugas sama dengan speaker dewan rakyat

KETUA PENTADBIRAN NEGERI


- Jawatan baru diwujudkan oleh kabinet pada tahun 2005

- Tugas; meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan menerima arahan kabinet membabitkan urusan parlimen secara terus
- Ketua pentdbiran dilantik oleh YDA atas nasihat PM


SARAAN AHLI PARLIMEN

– kumpulan wang yg disatukan



SEBAB HILANG KELAYAKAN MENJADI AHLI


- Didapati tidak sempurna akal

- Bankrap dan belum dilepaskan
- Tak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya
- Memegang jawatan berpendapatan
- Disabitkan dengan kesalahan – penjara lebih satu tahun / denda lebih RM 2000
- Sengaja mendapat kewarganegaraan asing

SEBAB PEMBUBARAN PARLIMEN


- Jangka hayat parlimen ialah 5 tahun

- Dikira dari tarikh persidangan pertama
- Boleh dibubarkan lebih awal oleh YDA atas nasihat PM
- Kalau parlimen bubar dewan rakyat bubar ,dewan negara terus berfungsi
- Hendaklah dibuat pilihan raya dalam masa 60 hari
- Persidangan parlimen seterusnya mesti dibuat dalam masa 120 hari pembubarannya

PERSIDANGAN PARLIMEN

- Agenda awal persidangan parlimen ialah


i. Rancang takwim bagi dewan rakyat

ii. Pembahagian tempoh selama 5 penggal dan setiap penggal 1 tahun
iii. Dalam setiap penggal ada 2 atau 3 kali persidangan
iv. Jarak masa antara dua persidangan tidak boleh melebihi enam bulan atau 180 hari
v. Melantik speaker
vi. Angkat sumpah
vii. Lantik ketua pembangkang
viii. Titah ucapan diraja
ix. Ucapan terima kasih
x. Persidangan bermula

  •  FUNGSI PARLIMEN
- Menggubal dan meluluskan undang-undang  persekutuan
- Pinda undang-undang persekutuan sedia ada
- Semak dan bahas dasar kerajaan
- Luluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil cukai baru
- Forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara nasional

  • JAWATANKUASA PARLIMEN
- Kesemua jawatankuasa ada dalam dewan rakyat, di dewan ada 4 sahaja kecuali jawatankuasa akaun awam
- Kalau ada keperluan diwujudkan jawatankuasa sementara di kedua-dua dewan



JENIS UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN

1. rang undang-undang awam atau kerajaan


- melibatkan keseluruhan undang-undang yg berhubung dengan dasar awam , negara dan rakyat

- dibentangkan oleh menteri yg mewakili pihak kerajaan


2. rang undang-undang persendirian


- melibatkan orang atau kumpulan orang , pertubuhan , perasatuan atau perbadanan tertentu sahaja

- bercorak tempatan atau persendirian


3. rang undang-undang ahli persendirian


- dibentangkan oleh ahli DR selain menteri atau timbalan menteri

- boleh meliputi seluruh negara atau pihak tertentu sahaja


4. rang undang-undang hibrid


- Undang-undang campuran yang dibentangkan oleh menteri atau ahli dewan rakyat yang menyentuh kepentingan tertentu




PROSEDUR PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG

1. Rang undang-undang didraf oleh menteri 


2. Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara

3. Kelulusan kabinet

4. Bacaan pertama
- Peringkat ini merupakan satu formaliti

- Menteri yg berkenaan atau speaker atau pembentang rang undang-undang membaca tajuk sahaja

- Tiada sebarang perbahasan tentang rang undang-undang itu pada peringkat ini


5. Bacaan kedua

 - Peringkat paling penting;

Rang undang-undang dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh dalam dewan rakyat dan dewan negeriMenteri yg bertanggungjawab perlu menjawab pertanyaan berkaitan dengan rang undang-undang itu.Undian tolak atau terima dibuat didewan rakyat.Undian sepakat diserahkan kepada jawatankuasa


6. Peringkat jawatankuasa ada jawatankuasa khas;


Rang undang-undang dibahaskan dengan lebih terperinci.Jawatankuasa berhak mengubahsuai atau meminda

7. Bacaan ketiga dibahaskan di dewan rakyat jika perlu undian dibuat untuk kelulusan


8. Rang undang-undang diperkenan oleh YDA,rang undang-undang dipersembahkan kepada YDA.YDA mesti memperkenan rang undang-undang dalam masa 30 hari


9. Rang undang-undang dimasukkan dalam warta kerajaan. Diwartakan dalam warta kerajaan.Ia dicetak lalu dimasukkan dalam warta kerajaan.Boleh dikuatkasakan kerana telah menjadi undang-undang.Satu salinan dipaparkan di parlimen





b)DUN(NEGERI)


- Badan perundangan peringkat negeri

- Ahli DUN dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
- Ada kuasa dalam senarai negeri dan senarai bersama
- Bahas dan luluskan belanjawan negeri
- Apa-apa prosiding dalam DUN tak boleh dibawa ke mahkamah


KELAYAKAN CALON DUN


- Warganegara

- Bermastautin di negeri berkenaan
- Berumur 21 tahun atau lebih
- Sempurna akal
- Tak bankrap
- Tak pernah dipenjara lebihsatu tahun/ lepas 5 tahun tamat hukuman
- Tak didenda lenbih RM 2000
- Tak pegang jawatan berpendapatan




PERKARA TIDAK BOLEH DIPINDA DUN

  • Warisan tahta kerajaan
  •  Kedudukan penmbesar istana
  • Para pembesar adat Melayu
  • Cara pelantikan dan sifat waris tahta , permaisuri dan pemangku raja
  • Pemecatan , penarikan diri dan penurunan tahta atau waris
  • Pengurniaan / pelucutan pangkat , gelaran kehormatan , bintang kebesaran
1.5.1 BADAN KEHAKIMAN

HIERARKI MAHKAMAH




 MAKSUD
  • BADAN KEHAKIMAN ADALAH BADAN KETIGA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
  • KUASA KEHAKIMAN TERLETAK RADAMAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RENDAH
  • KUASA KEHAKIMAN JUGA TERLETAK PADA MAHKAMAH AGUNG YANG MEMPUNYAI KUASA TERTENTU SEPERTI TERMAKTUB DALAM PERKARA 126, PERKARA 128, DAN PERKARA 130 PERLEMBAGAN PERSEKUTUAN.


FUNGSI


  • FUNGSINYA BERGANTUNG KEPADA TARAF MAHKAMAH  AGUNG,MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH RENDAH.
  • MAHKAMAH TINGGI TERDIRI DARIPADA DUA BUAH MAHKAMAH TINGGI MALAYA.
  • SEBUAH BAGI SEMENANJUNG MALAYSIA DAN SEBUAH LAGI BAGI SABAH DAN SARAWAK.
  • MAHKAMAH RENDAH DI SEMENANJUNG,SABAH DAN SARAWAK TERDIRI DARIPADA MAKAMAH SEKSYEN,MAHKAMAH MAJISTRET DAN MAHKAMAH PENGHULU DI SEMENANJUNG,MANAKALA MAHKAMAH ADAT ATAU NEGERI TERLETAK DI SABAH DAN SARAWAK
  • DISAMPING ITU TERDAPAT JUGA MAHKAMAH JUVANA YANG MEMBICARAKAN KANAK-KANAK DAN MEREKA YANG URANG DARIPADA 18 TAHUN



HIERARKI MAHKAMAH



MAHKAMAH ATASAN

  •  Mahkamah Agung (juga dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan). Mahkamah TERTINGGI di Malaysia. Berkuasa menyelesaikan pertikaian antara kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Berkuasa menentukan pengesahan bagi undangundang yang dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. 
  • Mahkamah Rayuan. Membincangkan kes rayuan bagi kes jenayah sahaja, kes sivil juga boleh dibicarakan jika nilainya tidak kurang RM250,000.
  • Mahkamah Tinggi. Membicarakan kes sivil dan jenayah dan apa sahaja kesalahan oleh warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berada di Malaysia. Kes sivil - Melibatkan kes penjagaan kanak-kanak, perkahwinan dan penceraian bagi bukan Muslim dan kemuflisan. Kes jenayah - mendengar kes rayuan jenayah dari Mahkamah Rendah yang nilai denda melebihi RM25. 

MAHKAMAH RENDAH

  • Mahkamah Sesyen. Mahkamah TERTINGGI  dalam komponen Mahkamah Rendah. Membicarakan Kes Jenayah – apa2 sahaja kesalahan kecuali menjatuhkan hukuman mati. Kes Sivil - melibatkan nilai tidak melebihi RM250,000.  
  • Menjalankan siasatan awal sebelum seseorang itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Jika bukti cukup terhadap tertuduh, ia akan dibicarakan di mahkamah Tinggi.
  • Mahkamah Juvana. Kes jenayah untuk mereka yang berumur 10 - 18 tahun. Perbicaraan secara tertutup.
  • Mahkamah Majistret Kelas 1. Membincangkan kes jenayah dan sivil. Hukuman maksimum 5 tahun penjara dan denda RM10,000, sebatan 12 kali atau ketiga-tiganya sekali. -Mahkamah Majistret Kelas II. 
  • Membicarakan Kes jenayah - hukuman maksimum 12 bulan penjara, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali. Kes sivil - tuntutan tidak melebihi RM3,000.
  • Mahkamah Tuntutan Kecil - Kes sivil tidak melebihi RM3,000. - Mahkamah Penghulu - Mahkamah TERENDAH dalam komponen Mahkamah RENDAH. Kes sivil tidak lebih RM50. Kes jenayah denda RM25 sahaja. Dikendalikan oleh penghulu sesuatu mukim. 


MAHKAMAH KHAS



  • Mahkamah Tentera – Membicarakan Kes tingkah laku anggota tentera. Tidak membicarakan kes sivil dan jenayah. Boleh menjatuhkan sebarang hukuman kecuali hukuman mati yang perlukan pengesahan YDP Agong.
  • Mahkamah Khas Raja-Raja. Membicarakan kesalahan YDP Agong dan Sultan dalam kes sivil dan jenayah yang dilakukan dalam Persekutuan. Tindakan dikenakan setelah mendapat keizinan Peguam Negara








MAHKAMAH SYARIAH

  •     Terdiri daripada Mahkamah Syariah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah.
  •     Untuk mengadili umat ISLAM sahaja , Kes sivil dan jenayah Kesalahan besar dekat Mahkamah Tinggi Syariah, kesalahan kecil dekat Mahkamah Rendah Syariah. 
  •     Kes rayuan dekat Mahkamah Syariah Rayuan.


MAHKAMAH ADAT





          Membicarakan Kes pelanggaran adat oleh suku kaum di Sabah dan Sarawak.


    1..6 DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA



    1.6.1 PROSES PILIHAN RAYA

    ELEMEN-ELEMEN  PENTING PILIHAN RAYA

    Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-
    i)
    Bahagian Pilihan Raya                                                                
    ii)
    Pemilih
    iii)
    Calon
    iv)
    Proses Pilihan Raya


    JENIS-JENIS PILIHAN RAYA
    Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu:
    1.Pilihan Raya Umum
    2.Pilihan RayaKecil
    Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
    dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.
    Pilihan Raya Kecil pula berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen
    atau Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh:
    i)Kematian
    ii)Perletakan jawatan
    iii)Hilang Kelayakan
    iv)Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya

    No comments:

    Post a Comment