Thursday 1 October 2015

BAB 1 : SEJARAH DAN POLITIK



PART 1

1.1            KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Sebelum lahirnya sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukkan negara Malaysia. Perkembngan kebudayaan kerajaan –kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi. Aspek-aspek ini membuktikan bahawa akar pembentukkan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.



1.1.1 a)   KERAJAAN MELAKA



Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Ø  PENTADBIRAN KERAJAAN MELAKA



Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantuoleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.

Ø  FAKTOR -FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
   
                                                 i.            Faktor semulajadi atau geografi
                                                ii.            Faktor ekonomi

                                               iii.            Faktor politik dan pentadbiran

Ø  KEJATUHAN MELAKA
       
a)        Faktor dalaman

·         Kelemahan pemerintah Melaka
·         Kelemahan sistem pertahanan
·         Kurangnya perpaduan rakyat
·         Sikap pembesar
·         Pegangan agama yang lemah

b)        Faktor luaran

·         Penemuan Tanjung Harapan
·         Pengkhianatan dalam kalangan pembesar
·         Perisikan dan pengintipan
·         Peperangan

1.1.1.1 b)    PENDUDUKAN KUASA ASING

a)     Portugis
b)    Belanda
c)     British
d)    Jepun



   a)  PENDUDUKAN PORTUGIS

·         Penjajahan Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu pada tahun 1511 sehingga tahun 1641. Walaupun begitu lama menduduki Melaka, Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya.
·         Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar Bandar Melaka. Matlamat asalnya unutk mengembangkan agama Kristian juga tidak begitu berkesan.Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga kehari ini ialah kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan.
·         Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk millimeter atau ketenteraan. Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka (dikenali sebagai Gabenor Selatan)
·         Sepenjang pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem  :

Ø  Kapal pedagang wajib membayar cukai enam hingga 10 peratus dari hasil dagangan mereka
Ø  Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran untuk berdagang

Ø  Diskriminasi terhadap pedagang islam



                   b)   PENDUDUKAN BELANDA

·         Orang Belanda mula berdagang di Kepulauan Melaka pada abad ke-17.
·         Pusat perdagangan utamanya ialah Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa
·         Mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menguasai perdagangan rempah di Kepualauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.U
·         Untuk mencapai tujuan ini, Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di Alam Melayu

          

c)        PENDUDUKAN BRITISH

·         Penjajahan British telah meninggalkan banyak kesan. British merupakan satu lagi kuasa barat yang berminat dengan kekayaan di tanah melayu
·         Pada peringkat awal kemasukan mereka ke Tanah Melayu, British bermotifkan dorongan sumber-sumber asli dan faktor ekonomi
·         Lama-kelamaan keinginan teru menguasai telah membawa kepada campur tangan politik mereka di Tanah Melayu

Ø  Campur Tangan British dalam Politik Negeri-negeri Selat

·         Campur Tangan di Perak
·         Campur Tangan di Selangor
·         Campur Tangan di Sungai Ujong
·         Campur Tangan di Pahang
·         Campur Tangan di Negeri Sembilan

v  Negeri-negeri Selat (NNS)

·         Setelah British berjaya menduduki  negeri-negeri di Tanah Melayu, mereka telah bertindak menyatukan wilayah tersebut di bawah satu pentadbiran iaitu NNS.
·         NNS diketuai oleh gabenor dan setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular

v  Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)

·         Pada tahun 1895 melalui Perjanjian Persekutuan, British telah menubuhkan NNMB yang menggabungkan keempat-empat negeri terbabit
·         NNMB diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Residen Jeneral bertanggngjawab kepada gabenor NNS

v  Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)

·         Gabungan NNMTB terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam menandatangani Perjanjian Bangkok
·         Mengikut perjanjian empat buah negeri yang teletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British
·         NNMTB mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas kuasa Residen di NNMB


                  d)  PENDUDUKAN  JEPUN

Ø              Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada tahun 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945

Ø  Faktor-faktor kejayaan Jepun :

·         Ketidaksedaran tentera British untuk menghadapi peperangan
·         Kelemahan pertahanan laut tentera Inggeris
·         Persediaan tentera Jepun yang lengkap
·         Tentera Jepun yang cukup terlatih

Ø  Pentadbiran Jepun

·         Pentadbiran Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera kawasan ketujuh di Singapura
    Setiap negeri diketuai oleh seorang Gabenor Jepun yang dibantu oleh Majlis Wilayah(penasihat) yang bertujuan menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri 


No comments:

Post a Comment