Friday 2 October 2015

BAB 5 ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA


5.1 DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA 




5.1.1 PERANAN ASEAN


  • LATAR BELAKANG ASEAN

ASSOCIATION OF SOUTHEAST ASIAN NATIONS atau persatuan negara-negara asia tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 OGOS 1967 di BANGKOK dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November untuk mengeratkan lagi perpaduan antara ANGGOTA ASEAN. Selain itu, ANGGOTA ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Leste dan Papua New Guinea ini disebabkan Negara Timor Leste dan Papua New Guinea ialah Negara pemerhati bagi Negara ASEAN. Walaubagaimanapun, ASEAN di tubuhkan oleh lima negara pengasas iaitu indonesia, malaysia, filipina, singapura dan thailand di bangkok semasa proses penandatangan satu perjanjian yang dikenali sebagai DEKLARASI BANGKOK.



  • Kandungan deklarasi Bangkok

1)   mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan di asia tenggara.
2)   Meningkatkan kerjasama dan saling membantu untuk kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, teknik dan ilmu pengetahuan.
3)   memelihara kerjasama yang erat di tengah-tengah organisasi regional dan internasional yang ada.
4)   meningkatkan kerjasama untuk memajukan pendidikan, latihan dan penelitian di kawasan asia tenggara.



  • Matlamat asean ditubuhkan

Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
Negara Anggota ASEAN yang terlibat pada masa kini ialah Brunei Darussalam, Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Laos, Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis VietNam. Penubuhan Asean mempunyai lima peranan utama dan berikut adalah dua daripadanya:

Pertama

Penubuhan sebuah persatuan untuk kerjasama serantau dikalangan Negara Asia Tenggara. Pertubuhan ini dikenali sebagai Persatuan Negara Asia Tenggara- ASEAN.


Kedua

Diantara matlamat penubuhan Asean itu juga adalah untuk:
-mengekalkan di rantau asia tenggara
-membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.


  • Faedah malaysia dalam asean

Antara faedah  Malaysia dalam ASEAN ialah dapat menjalin hubungan baik dengan Negara serantau termasuklah menjamin kestabilan politik negara kita. Selain itu, ialah penubuhan negara ASEAN dapat menjamin kedaulatan negara-negara serantau seperti mendapat keamanan dan kemakmuran di negara kita. Tambahan lagi, Negara kita dapat menjamin hubungan baik dengan negara serantau  serta dapat meningkatkan taraf pendidikan di Negara kita. Hubungan baik dengan negara serantau juga dapat memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan khidmat menjalin hubungan baik dengan negara serantau dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita.



5.1.2 PERANAN OIC

  • LATAR BELAKANG OIC

Pertubuhan persidangan islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969. Dan bersempena dengan persidangan Dunia Islam di Rabat, Maghribi ketika sedang memuncaknya serangan ganas terhadap masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini di anggotai oleh 57 buah Negara islam
Mempunyai 3 rantau (Asia, Timur Tengah dan Afrika) dimana jumlah penduduknya merupakan 1/5 daripada penduduk dunia dan mempunyai 3 buah Negara pemerhati.


  • Matlamat OIC

Antara matlamat OIC ialah memupuk perpaduan di kalangan Negara anggota. Selain itu, berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk serta perlu mengambil langkah bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan. Tambahan pula, ianya dapat meningkatkan perjuangan umat islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka dan juga perlu memastikan tempat-tempat suci dihormati dan tidak dicemari.


  • Faedah Malaysia dalam OIC

Dengan mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan islam (IDB).
Pinjaman ini juga dapat melaksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat. Selain itu juga, Malaysia mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain daripada itu juga,
Malaysia telah mendapat penghormatan daripada Negara-Negara anggota dengan perlantikkan Tunku Abdul Rahman sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia juga amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan Negara-Negara islam dan Malaysia juga disegani oleh Negara-negara islam lain atas pencapaian yang telah Malaysia dapat.


5.1.3 PERANAN KOMANWEL



  • Latar belakang komanwel

Komanwel ditubuhkan pada 1931 dan keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan british yang telah merdeka dan mempunyai 54 buah Negara yang maju dan yang sedang membangun. Pada tahun 1965 sekretariat KOMANWEL ditubuhkan dan ibu pejabat KOMANWEL terletak di London.

  • Matlamat komanwel

Adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan british seperti


  • FAEDAH MALAYSIA DALAM KOMANWEL


  Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan 
Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand. 
Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) 
membantu Malaysia semasa konfrantasi Indonesia. 
Selain itu, malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. 
Dan melalui perjanjian ini Britain secara automatik 
akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
Tambahan pula, Negara Britain banyak menanam modal 
di Malaysia dalam sektor ekonomi perlombongan 
dan perladangan. Melalui Rancangan Colombo pelajar 
Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan 
pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.
 Malaysia juga bersuara menentang dasar Aparteid di Afrika Selatan.


5.1.4 PERANAN NAM


  • LATAR BELAKANG NAM

Ditubuhkan September 1961 semasa (KEMUNCAK PERANG DINGIN) dan ahli-ahli NAM merupakan sebuah yang membangun di Asia, Afrika dan Amerika selatan. Pertubuhan ini telah di anggotai seramai 113 buah Negara ianya 16 buah Negara pemerhati dan 28 buah Negara tetamu jemputan



  • MATLAMAT NAM

Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong mana blok seperti blok barat atau blok komunis. Pada tahun 1987 adanya Sidang keuncak kali ke 7 di New Delhi dan Malaysia telah membuat beberapa usul antaranya ialah :- membela kepentingan Negara yang sedang membangun seperti isu palestin, kerjasama ekonomi dan isu benua Antartika.




  • FAEDAH MALAYSIA DALAM NAM

Mendapat penghormatan dengan menyandang jawatan sebagai naib presiden pada tahun 1989 dalam siding kemuncak nam di Belgrade Yugoslavia.


5.1.5 PERANAN PBB

  • LATAR BELAKANG PBB

PBB telah ditubuhkan pada 24 Okktober 1945 di Amerika Syarikat dan ibu pejabat PBB di New York, Amerika Syarikat. PBB telah di anggotai oleh 191 buah Negara dan Malaysia telah menyertai PBB pada 17 september 1957 selepas mencapai kemerdekaan ini kerana untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Selain itu, ianya terbuka kepada semua negara yang telah merdeka.


  • Matlamat PBB

Matlamat PBB akan menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa seperti Malaysia tidak akan di serang oleh mana-mana Negara kerana di bawah jagaan PBB. Selain itu, dapat menyelesaikan perselisihan dan penindasan antara Negara PBB. Dan ada Negara yang masih lagi berperang dan mungkin perlu melancarkan serangan ketenteraan disebabkan ini Malaysia menyertai PBB. Ianya juga, mewujudkan hubungan baik dan perdangangan dua hala antara Malaysia dan Negara PBB. Tambahan pula, ianya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan kebudayaan di Negara kita serta dapat melindungi hak-hak asasi manusia dan boleh menyatupadukan penduduk dunia.



  • FAEDAH MALAYSIA DALAM PBB

Jawatan-jawatan penting yang pernah dipegang oleh Malaysia ialah Presiden Perhimpunan Agung PBB iaitu Tan Sri Razali Ismail pada tahun 1996-1997. wakil Malaysia Pengerusi Jawatankuasa bank Dunia juga telah menentang Israel yang menzalimi Palestin pada tahun 1959. Selain itu, menghantar tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB- Kongo, Iran-Iraq, Angolia, Namibia, Iraq-Kuwait, Kemboja, Somalia, Bosnia-Herzogovina dan Timor Timur. Dan menggesa penghapusan Dasar Apartheid di Afrika Selatan(1993)seperti pengasingan antara orang kulit gelap dan kulit putih. Tambahan pula, mendesak agar Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dilaksanakan. Malaysia telah menjadi jurucakap Dunia Ketiga dalam Persidangan Kemuncak Bumi di Rio Jenerio-isu alam sekitar(1992 dan 1998)


5.2 KONSEP PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

-Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan.


-Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi.  



-Terdapat satu lagi

definsi alam sekitar: Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme".

-Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.



-Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.
Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. 

5.2.1 KONSEP PENCEMARAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR



PENCEMARAN
 Merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimiahingarhabacahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.
Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Bentuk pencemaran

Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi
  • Pencemaran udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida,sulfur dioksidaklorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.
  • Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.
  • Pencemaran tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan
  • Pencemaran radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.
  • Pencemaran bunyi yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.
  • Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.
  • Pencemaran cahaya yang disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.
  • Pencemaran terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.
  • Pencemaran visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.
Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintir golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab mahupun cinta akan negara.

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Pemulihan alam sekitar ialah bidang yang berkenaan dengan penghapusan pencemaran atau bahan kontaminasi dari:
  • bahan-bahan alam sekitar (seperti tanah, endapan, dan air bumi) demi perlindungan am kesihatan manusia dan alam sekitar; atau
  • kawasan perindustrian terbiar yang bertujuan untuk dibangun semula.

Umumnya, pemulihan alam sekitar tertakluk kepada keperluan pengawalan dan juga boleh berdasarkan penilaian risiko kesihatan manusia dan ekologi, jika tiadanya piawai perundangan yang wujud atau jika piawainya hanya bersifat nasihat.


5.3 KONSEP PEMBANGUNAN INSAN

Perancangan fizikal, sosio-ekonomi serta dasar dan strategi pembangunan adalah untuk membentuk persekitaran fizikal yang berkualiti dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Di samping aspek fizikal, sosio-ekonomi dan persekitaran, matlamat pembangunan sebenar adalah untuk mewujudkan keseimbangan aspek-aspek tersebut dengan pembangunan manusia dari segi kerohanian dan nilai-nilai murni sejagat.  Ini bersesuaian dengan teras DPPS iaitu “mengintegrasikan aspek kerohanian dalam perancangan” dan menjadikan ‘manusia sebagai fokus dalam pembangunan’ sebagai salah satu falsafah utamanya.

Memandangkan fokus dan usaha serta inti proses pembangunan ialah manusia, pembangunan ekonomi, industri dan teknologi mestilah dilaksanakan dalam ruang lingkup pembangunan manusia. Penduduk sesuatu kawasan adalah sumber terpenting dan merupakan nadi kepada pelaksanaan DPPS haruslah diberi tumpuan dan keutamaan dalam merumuskan keputusan serta tindakan dalam kajian-kajian perancangan.

Isu perbandaran yang dihadapi bukan sahaja rnerangkumi aspek fizikal dan alam sekitar tetapi juga berlaku dalam konteks kemanusiaan melibatkan keadaan psiko-emosi-kerohanian. Keadaan ini berlaku akibat daripada pemisahan agama, nilai dan ketidaksepaduan aspek ini dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat bandar. Sekiranya krisis perbandaran ingin difahami, dianalisis serta diperbaiki, pendekatan yang menyeluruh dan berbagai bidang (holistic and multi disciplinary approach) adalah diperlukan. Hanya melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dapat menggabungkan perancangan bandar dengan dimensi kerohanian dan nilai, mengadunkan penggunaan ilmu kejuruteraan dengan keindahan, mengharmonikan seni bina dengan alam sekitar dan tidak memisahkan pertumbuhan ekonomi dan keadilan dan keperluan sosial.  

5.3.1 SISTEM PENDIDIKAN


Pendidikan memerlukan transformasi dan penyesuaian dengan perubahan semasa.Pendidikan perlu mampu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan mereka, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan mereka, berupaya membuat pilihan dengan bijak,tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang akan dihadapi. Perancangan pendidikan umumnya perlu bersifat futuristik, fleksibel,dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia yang diharapkan.Pendidikan di Malaysia kini berada dalam keadaan yang lebih mantap berbanding sebelumnya.Dengan kata lain pendidikan mengalami kristalisasi iaitu ke arah yang lebih mantap dan cemerlang.Kurikulum dan kokurikulum di sekolah atau Universiti adalah menjurus ke arah pembinaan insan yang berketrampilan, seimbang , mencapai tahap profesional yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.Pendidikan yang bermula di peringkat asas sekolah rendah,menengah,seterusnya ke peringkat Pengajian Tinggi merupakan proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfaat sepenuhnya daripada sistem pendidikan yang ada ini bagi melahirkan modal insan dan tenaga manusia yang mempunyai kepakaran. Pendidikan insan yang sempurna merupakan petunjuk bahawa negara bakal mencapai pembangunan yang mapan.


Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Pendidkan merupakan satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Pembangunan insan yang komprehensif melalui pendidikan diharap dapat membendung gejala sosial daripada terus menular.


Matlamat Pendidikan ialah bertujuan melahirkan insan yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :1. Percaya dan patuh kepada Tuhan2. Berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia3. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara4. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu5 .Memupuk perpaduanSelain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, dapat mencapai matlamatnya iaitu :1. Melahirkan insan yang bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya.2. Menghasilkan insan yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannyaberupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbanganterhadap kemajuan dan pembangunan.3. Melahirkan insan yang taat setia dan cinta kepada negara4. Melahirkan insan yang memahami dan bersikap toleransi, demi mewujudkan perpaduan.


Tujuan Pendidikan juga ialah untuk mempergiatkan aktiviti kehidupan bangsa dan mengembangkan potensi manusia, iaitu manusia yang beriman dan bertakwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan berbudi pekerti luhur, memiliki pengetahuan dan ketrampilan, mempunyai kesihatan jasmani dan rohani, memiliki keperibadian yang mantap dan mandiri serta memiliki rasa tanggung jawab kemasyarakatan dan kebangsaan. Pendidikan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan aset itu sendiri. Oleh itu modal insan adalah harta terpenting yang ada pada seseorang yang juga boleh membawa kemajuan kepadanya. Institusi pendidikan seperti sekolah, Universiti, kelas komputer, pembelajaran kesihatan dan perbincangan-perbincangan mengenai nilai hidup juga dianggap sebagai modal insan ke arah meningkatkan kualiti insan itu sendiri.Modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan. Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, perancanga pendidikan perlu dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.


Teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. 

No comments:

Post a Comment