Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada
abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan
oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya
Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah
kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13
Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu
sebelum abad ke-15.
Pada tahun 1292, semasa
Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera.
Perak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa
itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para
pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri
Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin)
Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam
telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan
mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di
Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama
yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan
Zainuddin, 2004: 91).
Dari sudut sejarahnya selepas
kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita
dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik
berterusan berlaku.
Dalam bidang undang-undang dimulai dengan
undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun
Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan
Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor.
1.1.3
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU
KERAJAAN
JOHOR
Pada 1511, apabila Melaka ditawan oleh
Portugis, Sultan Mahmud Shah telah melarikan diri ke Muar, Pahang dan kemudian
ke Bentan.Diantara tahun 1511 hingga 1526 Sultan Mahmud Shah mengumpulkan
semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan
perdagangan.
Manakala angkatan perang Portugis yang diketuai
oleh Pedro Mascarenhaas juga dihantar untuk menyerang Bentan. Sultan Mahmud
terpaksa melarikan diri merentasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra dan mangkat
di sana pada tahun 1528.
Baginda digantikan
oleh puteranya Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah II sebagai
Raja Tanah Ujung dan Bentan yang kemudiannya dikenali sebagai JOHOR. Pusat
pentadbirannya di Pekan Tua. Kesultanan Johor ini juga dikenali sebagai
"Kesultanan Johor-Riau-Lingga".
Seorang lagi
putera Sultan Mahmud yang bernama Raja Muzaffar kemuadiannya dirajakan di Perak
dan bergelar Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama. Pada tahun 1533
Johor menyerang Melaka tapi gagal dan pada tahun 1535 Portugis pula menyerang
Pekan Tua. Sultan Johor membuka pusat pentadbiran baru di Sayong Pinang.
Pada 1540, Johor meluaskan jajahannya ke Aru,
Bengkalis, Kampar, Jambi, Siak dan Rokan di Sumatra. Pada 1551, Johor bergabung
dengan Perak, Pahang dan Jawa menyerang Melaka tetapi masih gagal.
Johor seterusnya menawan
Acheh pada tahun 1554. Peperangan antara Johor dan Portugis di Melaka
berterusan sehingga tahun 1564.Mulai 1608, Johor berkerjasama dengan Belanda
yang berpengkalan di Bengkahulu (Bencoolen) bagi menyerang Melaka secara
berterusan sehingga berjaya menewaskan Portugis pada tahun 1641.
Pada tahun 1613, Acheh yang dipimpin oleh Raja
Iskandar Muda Mahkota Alam pula menyerang Johor. Ibu kota Kerajaan Johor
dipindahkan pula ke Batu Sawar. Pada 1623, Batu Sawar pula dimusnahkan oleh
Acheh, lalu ibu kota Johor dipindahlan pula ke Riau.
Pada tahun 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat
(dibunuh oleh Laksamana Bentan semasa dijulang untuk ke masjid- digelar Sultan
Mahmud Mangkat Dijulang).
Oleh kerana baginda masih bujang dan tiada pewaris,
maka Bendahara Tun Abdul Jalil telah dirajakan dengan gelaran Sultan Abdul
Jalil Riayat Shah. Pusat pentadbiran berpindah ke Johor Lama.
Pada tahun 1670, Jambi dengan
bantuan Belanda pula menyerang Johor, Sultan melarikan diri ke Pahang. Pada
1673, tentera Johor yang diketuai Laksamana Tun Abdul Jamil telah mengalahkan
tentera Jambi. 1718 - Raja Siak (Raja Kechil) menyerang dan menawan Johor)
bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. 1722 Raja Sulaiman (putera Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah) denganbantuan Bugis berjaya menewaskan Raja Kechil)
dan menawan semula Kerajaan Johor.
Pada tahun 1802 berlaku perpecahan di kalangan
pembesar-pembesar Johor, Sultan di Lingga (dikuasai pengaruh Bugis), Temenggung
di Singapura/Tanah Besar dan Bendahara di Pahang. Pada 6 Feb 1819 satu
perjanjian (treaty)di antara Stamford Raffles dengan Tengku Abd Rahman.
Empayar Kesultanan Johor dibahagikan
kepada dua bahagian.Kerajaan Riau di sebelah selatan diperintah oleh
Sultan Abdul Rahman manakala Kerajaan Johor di sebelah utara diperintah oleh
Sultan Hussein (abang Sultan Abdul Rahman).
Ø PENTADBIRAN KERAJAAN JOHOR
·
Pada
tahun 1528-1721,pusat pentadbiran kerajaan johor sentiasa berpindah-pindah
kerana berlaku serangan Portigis dan Aceh,serta berlaku pergantian
sultan.
·
Pada
tahun 1528 pusat pentadbiran kerajaan Johor diasaskan oleh Sultan
Alauddin Riayat Syah di Hulu Sungai telor,tahun 1535 berpindah ke
Sayong dan tahun 1540 ke Johor Lama.Sultan Muzaffar Syah memindahkan
pusat pentadbiran ke Kota Seluyut.Pusat pentadbiran dipindahkan ke Tanah Puteh
oleh Sultan Ali dan kembali ke Johor Lama di Batu Sawar,akhirnya,tahun 1608berpinda
ke Pasir Raja
·
Pada
tahun 1623,Sultan Abdullah Muayat Syah berpindah ke Lingga apabila
diserang oleh Aceh,baginda berundur ke Pulau Tambelan dan
mangkat,pengganti baginda Sultan Abdul Jalil Syah mendirikan Kota di Batu Sawar
semula tetapi berpindah ke Pahang pada 1673 apabila Johor tewas di
serang Jambi.
·
Baginda
mangkat pada 1677,Sultan Ibrahim mendirikan kota di Pulau
Bentan.Pengganti baginda Sultan Mahmud telah dibawa bendahara ke Kota Tinggi
pada 1688 dan membagunkan kotanya di sana. Sultan Mahmud berada
di Kota Tinggi pada 1699,setelah dibunuh oleh Laksamana Megat Seri Rama
dan baginda digelar Marhum Mangkat Dijulang.Pada 1718,kerajaan Johor
diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari Siak.Beliau menabalkan dirinya
sebagai Sultan Johor yang baharu bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat
Syah.Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari Panchur ke Riau di Pulau
Bentan.Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah berjaya dikalahkan oleh Raja
Sulaiman.Pada 1722,Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor
dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan bersemayam di Pulau
Bentan
PERAK
Kesultanan
Perak adalah salah satu keturunan kerajaan tertua di
antara Negeri-Negeri Melayu.Ketika Kesultanan Melayu
Melaka jatuh akibat serangan Portugal pada tahun
1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau, dan
meninggal dunia di sana dalam tahun 1528.
Beliau mempunyai tiga putera,
bernama Raja Alauddin Riayat Shah, Raja Mudzaffar Shah dan Raja
Ahmad Shah. Yang sulung, Raja Alauddin, telah mendirikan Kesultanan
Johor (Kesultanan Johor Lama), sedangkan yang kedua dijemput untuk
memerintah Perak dan menjadi sultan pertama daripada wangsa Kesultanan
Perak.
Dengan pembunuhan raja
pemerintah Kesultanan Johor Lama, Sultan Mahmud, oleh Bendahara Abdul
Jalil dalam tahun 1699, berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan
Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak.
Sultan Perak ketika ini
adalah berketurunan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Siak.
PAHANG
Negeri
Pahang Darul Makmur merupakan sebuah negeri terbesar di Semenanjung Tanah
Melayu. Kemasyuran dan kehebatan namanya itu pada masa dahulu, menjadi rebutan
kerajaan sekeliling.
Menurut kajian oleh ahli-ahli sejarah,
terdapat banyak bekasbekas lama yang membuktikan kepandaian orang yang telah
membuka negeri ini.
Pada zaman dahulu,
pemerintah Pahang pernah mengadakan hubungan dan menghantar ufti bunga emas ke
Negara China. Menurut riwayat tua, pemerintahan negeri ini dijalankan dengan
cara pemerintahan beraja.
Keturunan raja-raja Melaka adalah yang paling
lama berkuasa di Pahang iaitu selama lebih 200 tahun bermula daripada Sultan
Muhammad Shah (14691475) hingga kepada Sultan Mahmud Shah yang termasyur di
dalam sejarah “Al Marhum Mangkat Dijulang” pada tahun 1699. Sebagaimana yang
terkandung dalam sejarah Pahang iaitu dalam tahun 1454, Mansur Syah, putera
kepada Sultan Muzaffar Melaka telah menghantar satu pasukan perang diketuai
oleh Bendahara Paduka Raja melanggar Pahang.
Maharaja
Dewa Sura, pemerintah Siam di Pura (Pekan) melarikan diri ke Ulu Pahang. Ia
ditawan oleh Seri Bija Diraja di sebuah jeram yang dikenali sekarang dengan
nama Jeram Koi, Ulu Tembeling. “Maka datang sekarang ini jeram itu dinamai
orang Jeram Kwai. Maka segala orang Melaka pun datang, maka Maharaja Dewa Sura
pun tiada sempat lari berperahu. Maka oleh Seri Bija Diraja disuruh orang naik
mengepung Maharaja Dewa Sura itu. Maka Maharaja Dewa Sura pun ditangkap orang,
dibawa kepada Seri Bija Diraja. (Shellabear (ed),1977: hal 7475) Maharaja Dewa
Sura danPuterinya Wanang Seri dibawa ke Melaka.
Puteri Wanang Seri di Islamkan dan diberi
nama Puteri Lela Wangsa yang kemudiannya dikahwinkan dengan Sultan Mansur Syah.
Mereka mendapat dua orang putera, Raja Ahmad dan Raja Muhammad.
Pada suatu hari, sedang beberapa orang pemuda bermain sepak raga, Raja
Muhammad yang berumur lebih kurang 15 tahun sedang menunggang kuda dikawasan
berhampiran. Bola sepak raga yang disepak Tun Besar, anak kepada Bendahara,
telah jatuh ke atas dastar Raja Muhammad. Tanpa usul periksa, Raja Muahammad
terus menghunus kerisnya, lalu membunuh Tun Besar. Sultan Mansur Syah amat
murka di atas apa yang telah dilakukan oleh putera baginda. Atas sebab itu,
baginda telah menghantar Raja Muhammad sebagai Raja di Pahang.
Raja Muhammad ditabal sebagai Sultan
Muhammad lebih kurang dalam tahun 1470 dan mangkat pada tahun 1475. Setelah
kemangkatan Sultan Mahmud Syah, maka berakhirnya pemerintahan raja Melaka.
Kemudian, Pahang diperintah pula oleh Sultan dari Kerajaan Johor Riau pada
tahun 1615 dengan perlantikan Raja Bujang sebagai Sultan Johor Pahang di bawah
penguasaan Acheh.
Tahun 1641, penguasaan
Acheh atas Pahang berakhir setelah Sultan Iskandar Thani mangkat. Tampuk
pemerintahan Pahang kemudiannya beralih pula kepada pemerintahan Bendahara.
Pemerintahan Bendahara bermula dengan keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid
dan berakhir apabila Bendahara Tun (Wan) Ahmad Ibni Almarhum Sultan Ali
diisytihar sebagai Sultan. Keturunan Bendahara berjaya menjadi Sultan akhirnya
adalah akibat daripada pepecahan semasa pemerintahan Bendahara Ali,di mana
kerajaan JohorPahang mulai berpecah antara Orang Besar Melayu dan Orang Besar
Bugis serta kewujudan kuasa IngeerisBelanda di Kepulauan Melayu. Justeru kerana
itu, Bendahara Ali menguatkan kedudukannya di Pahang sebagai pemerintah pada
tahun 1819 dan Temenggong pula berkuasa di Johor. Bendahara Tun (Wan) Ali yang
menggantikan ayahandanya Marhum Korish dalam tahun 1806 telah mangkat dalam
tahun 1857 di Kampung Lamir, Pahang Tua. Puteranya Tun Ahmad bersemayam di
Pulau Maulana.
Tidak berapa lama selepas itu berlakulah
perbalahan antara Tun Ahmad dengan Tun Mutakhir, kekandanya. Perang itu
dikenali sebagai “Perang Saudara”. Tun Ahmad akhirnya berjaya menewaskan
kekandanya apabila hulubalanghulubalangnya di bawah pimpinan Panglima Kakap
Bahaman telah menewaskan kubu Tun Mutakhir. Tun Ahmad diisytihar sebagai
Bendahara dan berpindah dari Pulau Maulana ke Kuala Sungai Parit dan kini
dikenali denagan Kampung Padang Polo.
Pada tahun 1881,
jurutulis kepada Bendahara Ahmad, Encik Abdullah b. Hasssn yang dikenali
sebagai Encik Dollah Tulis dengan persetujuan Bendahara, telah meminda cap
iaitu daripada “Bendahara” kepada “Sultan”. Atas sebab itu, pada 6hb Ogos 1882,
Tun Ahmad diisytihar sebagai Sultan Ahmad. Manakala pada 12hb Disember 1884,
Sultan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan Ahmad al Muadzam Shah. Dari
tarikh itu juga anakandaanakanda baginda dinaiktaraf kepada Tengku manakala
isteri baginda, Cik Puan Bongsu kepada Tengku Ampuan. Apabila Sultan Ahmad AlMuadzam
Shah mangkat pada 9hb Mei 1914, Yang Mulia Tengku Besar diistiharkan sebagai
Sultan. Baginda pula mangkat di Kuala Pahang pada malam Selasa 19hb Jun 1917
tempatnya diganti oleh adinda baginda Yang Mulia Tengku Abdullah yang
kemudiannya ditabal dengan gelaran Al Mu’tasim Billah AlSultan
Abdullah.
Baginda Sultan Abdullah dikurniajkan
beberapa orang putera dan puteri. Antaranya ialah Yang Muli Tengku Abu Bakar.
Dalam tahun 1925, Tengku Abu Bakar dikahwinkan dengan Raja Fatimah, puteri
kepada Sultan Alang Iskandar Shah, Perak. Tidak berapa lama selepas perkahwinan
Diraja itu dilangsungkan, Sultan Alang Iskandar Shah telah berunding dengan
Sultan Abdullah untuk mendapatkan persetujuan
NEGERI SEMBILAN
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk
kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian
daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada
Melaka, Rembau, Sungai
Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian
daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini
menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi
sebahagian daripada Selangor. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil
berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal.
Yang di-Pertuan Besar adalah pemerintah bersama bagi Negeri Sembilan
mengikut sistem raja berperlembagaan moden bagi negeri itu sejak tahun 1898. Sebelum
itu, Yang di-Pertuan Besar dikenali
sebagai Yamtuan Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat
meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di
Negeri Sembilan.
Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad
ke-17 Masehi. Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk Kesultanan
Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan
Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang-orang Acheh di bawah
pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini
menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri
Sembilan.
Pada
masa yang sama orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng
Kemboja telah memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa
orang-orang Negeri Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daeng
Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian
orang-orang Minangkabau ini.
Satu
utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik
di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan
Sultan Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak
raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas menghantar
wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah
Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan
telah melantik Raja Melewarmenjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
yang pertama.
Raja
Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan menghalau
Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.
SELANGOR
Selepas kemangkatan Yang Di-Pertuan Muda
Johor-Riau pertama (I) iaitu Paduka Sri Sultan Alauddin Ri’ayat Shah Ibni Upu
Tenderi Burong Daing Rilaga pada tahun 1728, ataupun lebih dikenali dengan
gelaran Daeng Merewah. Maka Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah
melantik Paduka Sri Raja Chelak Ibni Upu Tenderi Burong Daing Rilaga menjadi
Yang Di-Pertuan Muda Johor-Riau kedua (II) bagi mengantikan kekandanya.
Bagaimana lazimnya tanggungjawab dan peranan Yang
Di-Pertuan Muda Johor-Riau adalah menjaga dan mengawal wilayah-wilayah dibawah
naungan Empayar Kerajaan Johor-Riau. Sekitar tahun 1730-an, seorang Bugis yang
bernama Daeng Mateko telah berbaik dengan Raja Kecil dari Siak telah mengacau
ketenteraman di Selangor; Ini membuatkan Paduka Sri Raja Chelak datang ke Kuala
Selangor dengan angkatan perang dari Riau bagi mengamankan kekacauan yang
tercetus. Didalam misi ini Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya lari
ke Siak. Semenjak dari itu, Paduka Sri Raja Chelak sentiasa berulang-alik dari
Riau ke Kuala Selangor bagi memastikan keamanan di Selangor berterusan.
Ketika Paduka Sri Raja Chelak
berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada baginda supaya
terus menetap di situ. Namun di tolak oleh baginda walau bagaimanapun, baginda
telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu bergelar Raja
Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil), selepas itu
baginda pun pulang ke riau bersama-sama dengan rombongan anak buah baginda yang
telah datang dari riau. Tidak beberapa lama selepas meletakkan anakanda baginda
sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor di Kuala Selangor maka baginda pun mangkat
pada tahun 1745.
Raja Lumu telah datang ke
Kuala Selangor sebagaimana yang telah diperintahkan oleh ayahandanya pada tahun
1743 sebagai Raja Kecil Jajahan Selangor Bergelar Yang Dipertuan (Raja Kecil),
namun baginda tidak mendapat perkenan dari Datuk Engku Klang selaku pemimpin
utama di antara empat orang datuk yang menjaga wilayah-wilayah di dalam
Selangor namun akur dikala Raja Lumu mendapat pengintirafan dari Paduka Seri
Sultan Perak yang mewarisi Kedaulatan Empayar Kesultanan Melaka. Datuk Engku
Klang merupakan anakanda Sultan Johor bersama Puteri Mayang Selida puteri
kepada Datuk Melingkar Seri Alam yang merupakan wakil yang dilantik oleh Sultan
Johor untuk menjaga wilayah Klang.
TERENGGANU
Mengikut Hikayat Johor Serta
Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani setelah Paduka Raja Laksamana Wan
Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar tahun 1688. Ketika berada di
Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Patani, Phra Nang
Chau Yang.
Tun Zainal Abidin menjadi Sultan
Terengganu pada tahun 1708, berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang
mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin 1 tidak lama bersemayam di Tanjung Baru,
Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, Langgar dan Pulau Manis.
Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di
kawasan berhampiran Bukit Keledang (Kota Lama).
Sultan Zainal Abidin 1
digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur (Sultan Mansur I) pada tahun
1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun
1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah 1 berkahwin dengan Raja Bulang, anak
Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua. Berikutnya berkahwin pula dengan Raja
Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta
kerajaan Terengganu, Sultan Mansur 1 telah menghabiskan empat belas tahun (1746
- 1760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di
antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760,
baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long
Yunus (Yang DiPertuan Kelantan), putera Long Sulaiman ibni Long Bahar
menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.
Sultan Mansur
digantikan oleh putera baginda Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808).
Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang
dipimpin oleh Long Muhammad ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan
dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu.
Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad (1808 - 1830),
Sultan Abdul Rahman (1830), Sultan Daud (1830-1831), Sultan Mansur II (1831 -
1837), Sultan Muhammad (1837 - 1839), Baginda Omar (1839 - 1876). Baginda Omar
pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 menggantikan Sultan
Daud. Tetapi baginda diturunkan dari takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan
seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera
baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan
Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika
pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.
Apabila Baginda
Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II
(1876 - 1881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan
Zainal Abidin III (1881 - 1918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa
kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan
Zainal Abidin III meluluskan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu
yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki
kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu.
Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918 -
1920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920 - 1942).
Menurut Warta
Cahaya Timor No.38 bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul
Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk
sebagai putera sulong baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan
Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya
Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942
oleh Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut
Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu 1911.
Tengku Sri Paduka
Raja, Tengku Ismail diisythiarkan sebagai Sultan Terengganu pada 16 Disember
1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaranSultan Ismail
Nasiruddin Shah. Sultan Ismail Nasiruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda
Yang DiPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970.
Dalam tempoh itu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai
Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat pada
tahun 1979, takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat
Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan
Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan
Mahmud mangkat pada 14 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan
Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang Dipertuan Muda Tengku
Mizan.
KEDAH
Perkembangan sejarah awal
Negeri Kedah dan lain-lain negeri di
Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya
yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya
Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui
oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke
kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala
perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan
peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat
perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di
sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran
laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu
pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan
bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat
pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang
tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang
tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan
sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau
tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di
daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star danBaling. Apa yang lebih
menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai
yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang
melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri
Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai
timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 :
xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan
faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan
sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa
kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu
sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan pahatan pada Larger
Layden Plates sampai pada masa Sri Sangrama
Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola
I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.
Mengikut Hikayat
Merong MahaWangsa, negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa dengan
gelaran Sultan Muzaffar Shah.
KELANTAN
Nama "Kelantan" dikatakan
pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi
pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa
namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam
tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah
Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi
Mekah pada masa dahulu.
Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas,
tetapi penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di zaman
prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar
Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira pada tahun 1411, Raja Kumar, raja
Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan
Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat
perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.
Pada 1499, Kelantan menjadi negeri
vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan
dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam
pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani
Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu
Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang
putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang.
Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur,
anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri
sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan
dipengaruhi oleh Terengganu.
Pada 1800, Raja Muhammad
mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda
melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang
berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang
terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya
mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan
barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad
ke-19. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan
tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan
menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah
Residen British.
Kelantan merupakan tempat pertama
di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941.
Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas
kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan
British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1
Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada
negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.
No comments:
Post a Comment