Thursday, 1 October 2015

BAB I PART 4

1.3 PEMBENTUKAN MALAYSIA

Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar. Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu.


1.3.1 IDEA DAN FAKTOR GAGASAN MALAYSIA
  •  Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.


Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1. Perkembangan politik di Singapura.

a. Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura
pada tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah
Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke
dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini
memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang
sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar
fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis
menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis
yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan
sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di
kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk
menyertai Gagasan Malaysia.

b. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan
menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri
semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 15
kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu.
Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja
membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat.
Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan
oleh Tunku.

2. Perkembangan politik di Sarawak.

a. Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan
Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina
Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun
kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan
sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah
menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan pelajar dan petani.
Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah digunakan untuk
menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis ialah
sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

b. Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan “operasi
pisang” bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah
mendorong kepada pergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British
bimbang dengan ancaman komunis dari Indnesia. Parti Komunis Indonesia (PKI)
telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan
dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila
pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

3. Mempercepatkan proses kemerdekaan

a. Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses
kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri
tersebut berada dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan
negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu
semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri
Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara
berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum
bersedia dari segi politik dan sebagainya.

b. Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan
legislatif yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh
seorang sultan. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran
negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran
dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun
1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga
Rujukan Online – http://sejarahstpm.blogspot.com Page 16
Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula
pilihanraya Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

c. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayahwilayah
Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat
melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat
digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan
British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat
sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai
Persekutuan Malaysia.

4. Keseimbangan Kaum.

a. Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan
keseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura akan
menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Ini
disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di
Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India.
Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang.
Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak mereka
akan dicabar oleh kaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak
dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.

5. Kerjasama Ekonomi antara wilayah

a. Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah
melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang
sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat
dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu,
penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan
kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

1.3.2 PROSES-PROSES PEMBENTUKAN




1.3.3 REAKSI WILAYAH TERLIBAT DAN NEGARA JIRAN


 Sarawak
      Pada peringkat awal, banyak pihak menentang kerana mereka melihat tiada faedah ekonomi serta-merta yang data diperoleh daripada percantuman ini.
      Parti yang menentang percantuman ini ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) yang diketuai oleh Termenggung Jugah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak/Sarawak United People’s Party (SUPP) diketuai  Ong Kee Hui  dan Parti Kebangsaan Sarawak/Sarawak National Party (SNAP) diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan secara jelas menentang pembetukan Malaysia.
      Parti yang menyokong cadangan ini ialah Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA).


Sabah
      wujud byk penentangan pd peringkat awal sehingga lahir beberapa buah parti politik yg melaungkan pendapat atas sentiment anti-Malaysia.
      Parti politik pertama – pd bulan Ogos 1961 dlm kalangan kaum Kadazan – Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu yg dipimpin oleh Donald Stephens
      Pada bulan Jun 1962 – kaum Murut di Sabah menubuhkan sebuah parti – Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara – menentang pembentukan Malaysia & dipimpin oleh G.S Sundang yg bermatlamat memperjuangkan kemerdekaan Sabah


Brunei
      Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong konsep Malaysia
      Rakyat Brunei – pada peringkat awal berminat menyertai gabungan – cuma mereka lebih berhasrat utk memperoleh kemerdekaan sendiri dahulu sblum digabungkan
      Julai 1962 – persidangan Majlis Undangan Brunei telah menyatukan persetujuan mereka terhadap pembentukan Malaysia
       penentangan – di bawah pimpinan A.M Azahar.


 Singapura
     Pada umumnya – penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia
      Di bawah pimpinan Lee Kuan Yew
      PAP – menyambut baik rancangan Tunku Abdul Rahman
      UPP(Parti Rakyat Singapura) – menentang gagasan Malaysia
      Calon PAP
      Telah dikalahkan oleh calon Parti Rakyat Singapura dan Parti Buruh dalam satu pilihan raya kecil – keadaan semakin keruh


   Indonesia
      Pernah menyatakan bahawa mereka tiada apa2 halangan terhadap penubuhan Malaysia kerana tidak melibatkan negara mereka
      Dr. Subandrio pernah menyatakan secara terbuka dalam akhbar New York Times – Indonesia tdk menghalang penubuhan ini dan mendoakan kejayaan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam rancangannya
      Sokongan tidak lama
      Beberapa bulan kemudian – Indonesia menetang keras
      Menyokong tindakan Parti Rakyat Brunei yg menentang pd 8 Disember 1962
      Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrontasi – dengan slogan “Ganyang Malaysia” – mendakwa tujuan penubuhan Malaysia adalah utk memastikan getah , timah & minyak di wilayah2 terbabit terus kekal
      Penentangan berakhir pd tahun 1965 apabila Sukarno digulingkan oleh Jeneral Suharto
      Ogos 1966 – Adam Malik(Menteri Luar Indonesia yg baharu) menandatangani perjanjian damai dgn tokoh2 di Malaysia & mengakhiri konfrontasi yg tercetus selama tiga tahun setengah


Filipina
      Tutut menentang pembentukan Malaysia
      Presiden Macapagal
      Menuntut hak Filipina ke atas Sabah & juga pernah menuntut kerajaan british supaya Sabah dikembalikan kpd mereka – surat rasmi – 22 Jun 1962
      Tuntutan dibuat ekoran dakwaan bahawa Sabah pernah terletak di bawah Kesultanan Sulu
      Tidak dilayan kerajaan British
      Tuntutan gagal – Sabah dgn rela hati menyertai pembentukan Malaysia
      Membuat kecaman secara terbuka terhadap penubuhan Malaysia – Kongres Filipina – 28 Januari 1963
      Hubungan diplomatik - Tanah Melayu dan Filipina terjejas

1.3.4 PENYINGKIRAN SINGAPURA

      Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.
Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan RamanathanLee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.
Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh denganketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung MalaysiaSabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi SingapuraPulau PinangMelaka, Sabah dan Sarawak.
Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

No comments:

Post a Comment