1.1
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Sebelum lahirnya
sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari
ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri-negeri Melayu.
Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan
Melayu, iaitu akar umbi pembentukkan negara Malaysia. Perkembngan kebudayaan
kerajaan –kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan,
institusi sosial dan ekonomi. Aspek-aspek ini membuktikan bahawa
akar pembentukkan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.
1.1.1 a)
KERAJAAN MELAKA
Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera
raja berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah
naungan kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang
daripada Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan
diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada
waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari
Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan
layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor
itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah
Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur
rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri
ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.Dari Muar, Parameswara telah
meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan Bertam. Akhirnya
Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai Bertam
dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.
Ø PENTADBIRAN KERAJAAN MELAKA
Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi
ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan
ini pula dibantuoleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan
Pembesar Bertiga Puluh Dua.
Ø FAKTOR -FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
i. Faktor
semulajadi atau geografi
ii. Faktor
ekonomi
iii. Faktor
politik dan pentadbiran
Ø KEJATUHAN MELAKA
a)
Faktor
dalaman
·
Kelemahan
pemerintah Melaka
·
Kelemahan
sistem pertahanan
·
Kurangnya
perpaduan rakyat
·
Sikap
pembesar
·
Pegangan
agama yang lemah
b)
Faktor
luaran
·
Penemuan
Tanjung Harapan
·
Pengkhianatan
dalam kalangan pembesar
·
Perisikan
dan pengintipan
·
Peperangan
1.1.1.1
b) PENDUDUKAN KUASA ASING
a) Portugis
b) Belanda
c) British
d) Jepun
a) PENDUDUKAN
PORTUGIS
·
Penjajahan
Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun, iaitu pada tahun 1511 sehingga
tahun 1641. Walaupun begitu lama menduduki Melaka, Portugis tidak berjaya
meluaskan pengaruhnya.
·
Usaha-usaha
untuk menawan Naning dan Rembau gagal. Pengaruhnya hanyalah di sekitar Bandar
Melaka. Matlamat asalnya unutk mengembangkan agama Kristian juga tidak begitu
berkesan.Antara kesan peninggalan penjajahan Portugis hingga kehari ini ialah
kewujudan masyarakat Serani akibat perkahwinan orang Portugis dengan penduduk
tempatan.
·
Portugis
mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk millimeter atau ketenteraan. Ketuanya
digelar Kapten Kota Melaka (dikenali sebagai Gabenor Selatan)
·
Sepenjang
pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem :
Ø Kapal pedagang wajib membayar cukai enam
hingga 10 peratus dari hasil dagangan mereka
Ø Setiap pedagang perlu mendapatkan pas
kebenaran untuk berdagang
Ø Diskriminasi terhadap pedagang islam
b) PENDUDUKAN BELANDA
·
Orang
Belanda mula berdagang di Kepulauan Melaka pada abad ke-17.
·
Pusat
perdagangan utamanya ialah Betawi (Jakarta) di Pulau Jawa
·
Mereka
menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menguasai perdagangan
rempah di Kepualauan Melayu dan memonopoli perdagangan bijih timah.U
·
Untuk
mencapai tujuan ini, Belanda perlu menyingkirkan Portugis yang sedang bergiat
dalam perdagangan di Alam Melayu
c)
PENDUDUKAN BRITISH
·
Penjajahan
British telah meninggalkan banyak kesan. British merupakan satu lagi kuasa
barat yang berminat dengan kekayaan di tanah melayu
·
Pada
peringkat awal kemasukan mereka ke Tanah Melayu, British bermotifkan dorongan
sumber-sumber asli dan faktor ekonomi
·
Lama-kelamaan
keinginan teru menguasai telah membawa kepada campur tangan politik mereka di
Tanah Melayu
Ø Campur Tangan British dalam Politik
Negeri-negeri Selat
·
Campur
Tangan di Perak
·
Campur
Tangan di Selangor
·
Campur
Tangan di Sungai Ujong
·
Campur
Tangan di Pahang
·
Campur
Tangan di Negeri Sembilan
v Negeri-negeri Selat (NNS)
·
Setelah
British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu, mereka telah
bertindak menyatukan wilayah tersebut di bawah satu pentadbiran iaitu NNS.
·
NNS
diketuai oleh gabenor dan setiap negeri diketuai oleh seorang Residen Konsular
v Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)
·
Pada
tahun 1895 melalui Perjanjian Persekutuan, British telah menubuhkan NNMB yang
menggabungkan keempat-empat negeri terbabit
·
NNMB
diketuai oleh seorang Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.
Residen Jeneral bertanggngjawab kepada gabenor NNS
v Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB)
·
Gabungan
NNMTB terbentuk pada tahun 1909 apabila British dan Siam menandatangani
Perjanjian Bangkok
·
Mengikut
perjanjian empat buah negeri yang teletak di bawah naungan kuasa Siam iaitu
Perlis,Kedah,Kelantan dan Terengganu akan diserahkan kepada British
·
NNMTB
mempunyai kuasa yang lebih besar kerana kuasa Penasihat British tidaklah seluas
kuasa Residen di NNMB
d) PENDUDUKAN JEPUN
Ø Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke
tangan tentera Jepun pada tahun 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12
September 1945
Ø Faktor-faktor kejayaan Jepun :
·
Ketidaksedaran
tentera British untuk menghadapi peperangan
·
Kelemahan
pertahanan laut tentera Inggeris
·
Persediaan
tentera Jepun yang lengkap
·
Tentera
Jepun yang cukup terlatih
Ø Pentadbiran Jepun
·
Pentadbiran
Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru diketuai oleh seorang Presiden
Jepun atau Gunseikan yang bertanggungjawab kepada Ketua Agung Tentera kawasan
ketujuh di Singapura
Setiap negeri diketuai oleh seorang
Gabenor Jepun yang dibantu oleh Majlis Wilayah(penasihat) yang bertujuan
menggantikan Majlis Mesyuarat Negeri
No comments:
Post a Comment